English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Berita Terkini

 

170501 Sirens



Ujian Siren Tsunami Di Seberang Perai Utara


 


KEPALA BATAS – Kerja penyelenggaraan dan pengujian siren tsunami bagi menguji tahap kemampuan sistem itu 
akan

dijalankan esok di dua lokasi di Seberang Perai Utara (SPU).

Jurucakap polis berkata kerja-kerja itu membabitkan siren di Masjid Hidayah Kuala Muda, Penaga di sini dan Masjid Bagan Selat, Butterworth pada pukul 9 pagi esok.

Katanya penyelenggaraan dan pengujian yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia itu adalah untuk memastikan sistem berkenaan berada pada tahap yang memuaskan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan bimbang ketika pengujian dijalankan. – BERNAMA

 

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sungai Sedunia Tahun 2017 bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan

1NRE Bersama YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 

Pada 25 September 2017 (Isnin), telah berlangsungnya pameran sempena perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertempat di Auditorium Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Ampang, Kuala Lumpur. Pameran yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari itu dihadiri oleh tetamu kehormat, Dato Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar bersama isteri, Ketua - Ketua Jabatan serta pegawai - pegawai. 

 P9251460

Para jemputan menyanyikan lagu kebangsaan dan juga lagu kementerian

 

IMG 0773

Dato Wan Junaidi ketika menyampaikan ucapan beliau

 

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Hari Sungai Sedunia 2017 di sini hari ini, Dato Wan Junaidi berkata pihaknya memberi jaminan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang kelolaan JPS Pulau Pinang akan diserahkan kepada kontraktor bermula pada awal Jan 2018 dan dijangka siap pada 2020. "Proses tender dah siap...pemilihan kontraktor sedang dijalankan, Insya-Allah kalau siap, ianya akan mengurangkan banjir...kalau berlaku hujan macam minggu lepas, ia tak seburuk yang berlaku," katanya

 

IMG 0778
IMG 0763

Suasana pada perhimpunan bulan 1NRE Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

 

IMG 0790

Pelancaran Hari Sungai Sedunia 2017 juga turut diadakan

 

Dalam majlis yang sama, JPS Pulau Pinang yang diwakili oleh Bahagian Korporat ( En. Mohamad Hazlami Bin Abdul Hamid,  En. Hasnal Bin Md Rouse , En. Mohd Syazmie Bin Mohd Kassim dan En. Muhammad Nakhaie Bin Md Rashid) telah membantu dalam pameran tersebut. Pameran ini juga turut membabitkan semua JPS negeri dan bahagian seluruh Malaysia. Tujuan pameran ini adalah untuk mempamerkan projek - projek mengikut kategori yang telah diberikan oleh pihak JPS Malaysia. JPS Pulau Pinang yang dipertanggungjawabkan untuk mempamerkan bahan - bahan mengenai hakisan pantai telah memilih Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi Pulau Pinang untuk dipamerkan. 

 

IMG 0860IMG 0833IMG 0845

Antara detik detik menarik yang sempat dirakamkan ketika pameran berlangsung

 

 

IMG 0704

"Ha tepi sikit tepi sikit.."

IMG 0707

Kakitangan JPS Pulau Pinang sedang melakukan persiapan

 

 

41505533786 Banjir

Pasu bunga bertaburan di hadapan sebuah rumah penduduk Taman Thean Teik, George Town, selepas banjir surut petang Jumaat, 15 Sept, 2017.

 

GEORGE TOWN: Banjir yang melanda Pulau Pinang semalam semakin pulih hari ini berikutan cuaca semakin baik manakala hujan sudah mulai berhenti sejak semalam. Tinjauan di beberapa kawasan, antaranya di Jalan Masjid Negeri, Jalan Lumba Kuda dan Medan Fettes, Tanjung Bungah mendapati kebanyakan laluan yang ditutup semalam kini sudah mulai dibuka. Kerja-kerja membersihkan lumpur dan pokok tumbang kini sedang giat dijalankan oleh pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

 

Manakala orang ramai sudah boleh melakukan aktiviti seharian mereka seperti biasa.

 

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih bertungkus lumus membersihkan kesan runtuhan tanah dan pokok tumbang yang berlaku di pangsapuri Medan Fettes, Tanjung Bungah hingga menyebabkan enam kenderaan tertimbus. Kerja-kerja mengalih tanah dan lumpur terpaksa dilakukan menggunakan lori bagi mengeluarkan tiga lagi kenderaan yang masih tertimbus di bawah runtuhan tanah. Sementara itu, difahamkan sebahagian mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di beberapa daerah di negeri ini, telah pulang untuk membersihkan rumah masing masing.

Program Sambutan Hari Air Sedunia Hutan Lipur, Cheruk Tok Kun

 

Pada 16 September 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Sambutan Hari Air Sedunia 2017 bertempat Hutan Lipur , Cheruk Tok Kun Bukit Mertajam Pulau Pinang. Program anjuran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bersama dengan Pasukan Water Watch Penang ini turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang , Jabatan Alam Sekitar dan lain - lain. 

 

IMG 0688

 

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh wakil kepada Dato Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Encik Fuad sambil disaksikan oleh Ahli Majlis, Wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, Wakil dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, wakil media dan para hadirin yang hadir. Dalam ucapan beliau Encik Fuad telah menyatakan bahawa di Seberang Perai terdapat 3 sungai yang menjadi sungai angkat kepada badan badan korporat seperti :

  1. South Island Garment Sdn Bhd
  2. Amphenol TCS (M) Sdn Bhd
  3. Uchi Electronics 
  4. Amstrong Industrial Company Limited

Sungai sungai yang terbabit pula adalah seperti :

  1. Sungai Derhaka
  2. Sungai Junjung Mati
  3. Kawasan Perai

Beberapa inisiatif telah diambil oleh syarikat - syarikat ini sebagai contoh membuat bola tanah atau Mudballs. " Pada tahun 2016, kita telah menghasilkan sebanyak 25,600 mudballs dan pada tahun ini (2017), sebanyak 28,930 mudballs sehingga sekarang". Katanya. Beliau juga menegaskan bahawa pada tahun 2030, kualiti air akan mencapai kepada paras 1 yang terbaik pada masa hadapan dan penduduk Seberang Perai akan menikmati keindahan dan kebaikan daripadanya.

Diakhir ucapan beliau, Encik Fuad juga turut membuat hebahan melibatkan pihak MPSP yang sedang merangka Pembentukan Pelan Strategik 2018 - 2022. Dalam pembentukan pelan strategik ini, MPSP melibatkan stakeholders dalam menetukan 10 fokus area yang akan dijadikan strategic priorities melakui kajian soal selidik. Borang Kajian Selidik ini boleh didapati melalui online survey, pejabat - pejabat YB, Ahli - Ahli Majlis, warga Seberang Perai dan out reach programs.

IMG 0673

 

 

 

Encik Fuad (memberi ucapan) bersama sama dengan ahli majlis , wakil agensi kerajaan serta

wakil dari Water Watch Penang.

 

 

 

IMG 0670

 

 

 

 

 

 

Para hadirin yang hadir pada Program Hari Sungai Sedunia Pulau Pinang 2017.

Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.

 

 

 

 

 

 

Pertandingan melukis dan mewarna turut diadakan melibatkan kanak - kanak sekolah rendah di sekitar kawasan Seberang Perai. Pertandingan ini dianjurkan oleh MPSP dan Water Watch Penang dengan sokongan Global Environmental Centre dan National River Care. Kategori yang dipertandingkan terbahagi kepada dua iaitu kategori A daripada umur 7 hingga 9 tahun dan kategori B daripada umur 10 hingga 12 tahun. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang kepentingan memelihara dan memulihara sungai pada masa hadapan.

 

IMG 0587IMG 0612IMG 0596 

Antara detik - detik menarik yang sempat diambil sewaktu pertandingan mewarna dan melukis berlangsung.

 

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS Penang) juga tidak ketinggalan mengambil bahagian mengadakan pameran jabatan di dalam program kali ini. JPS Penang yang diwakili oleh Encik Nazaruddin Bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) bersama sama dengan kakitangan bahagian korporat telah memulakan pameran semenjak pukul 8.00 pagi lagi.

IMG 0555

Petugas Pameran (Encik Wan Nurulhisyam Bin Wan Sam) sedang tekun meneliti bahan pameran untuk dipamerkan.

 

IMG 0562

Antara bahan pameran yang disediakan oleh Bahagian Korporat JPS Pulau Pinang

 

IMG 0569

Ooo. Kat sini la depa dok buat projek hari tu....

 

 

KENYATAAN MEDIA BANJIR KILAT DI PULAU PINANG PADA 15 SEPTEMBER 2017 OLEH YB TUAN CHOW KON YEOW

EXCO KERAJAAN TEMPATAN, PENGURUSAN LALULINTAS DAN TEBATAN BANJIR

 

Chow Kon Yeow 27062013

 

Saya ingin memaklumkan bahawa kejadian banjir telah berlaku pada 15 September 2017 di semua daerah di Pulau Pinang iaitu Daerah Barat Daya, Daerah TimurLaut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan. Kejadian banjir yang berlaku pada 15 September 2017 adalah dari jam 5.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Jumlah hujan yang diterima oleh Negeri Pulau Pinang adalah tinggi pada kali ini disebabkan oleh fenomena musim inter monsoon di mana negeri-negeri bahagian utara Semenanjung dijangka akan menerima hujan yang agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Jumlah hujan yang tertinggi yang dicatitkan oleh stesen hujan JPS adalah di Daerah Timur Laut iaitu sebanyak 198 mm (Stesen Sungai Pinang) dan di Daerah Barat Daya sebanyak 175 mm (Stesen Empangan Telok Bahang) di dalam tempuh 4 jam. Manakala di daerah–daerah lain menerima hujan yang lebat di antara 60-120 mm. Sehingga kini hujan yang telah diterima di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 80% daripada purata tahunan hujan Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak 2500mm setahun ( + 20% dari nilai purata). Baki hujan adalah sebanyak 20% lagi ( + 600mm) dijangka turun pada hujung tahun ini dari September hingga Disember.

Hujan yang turun pada hari ini adalah purata 100mm dalam tempoh 4 jam melebihi kategori hujan amat lebat iaitu 60mm sejam.

Kawasan-kawasan yang telah mengalami banjir antaranya adalah seperti berikut:

A) DAERAH BARAT DAYA
Lokasi yang terlibat antaranya adalah Kampung Naran, Kampung Sulup, Kampung Nelayan, Kampung Paya, Persiaran Relau, Jalan Dato’ Ismail Hashim,Jalan Sultan Azlan Shah,Taman Iping,Jalan Tengah, Bayan Baru,Rumah Murah Kg.Nelayan,Lintang Jalan Tengah Pondok Upeh, Sungai Batu Emas Kongsi,Sungai Pinang, Telok Bahang, Sungai Rusa, Taman Manggis, Kampung Masjid,Sungai Burong, Kuala Jalan Baru, Flat Asenia, Kampung Sungai dan Taman Seri Indah,

B) DAERAH TIMUR LAUT
Lokasi banjir yang terlibat adalah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Jalan P.Ramlee, Jalan Langkawi, Jalan Kebun Lama, Masjid Negeri Air Itam, Kg.Masjid Hashim Yahya,Astaka Stadium, Parit Lumba Kuda, Jalan Maccllum, Jalan Tun Sardon, Sungai Relau, Halaman Bukit Gambir, Padang Sasar Sungai Dua, Lebuhraya Thean Tek, Minden Height Sg.Gelugor, Jalan Kampung Jawa,Jalan Ismail Hj.Mat, Lorong Tampin, Kajang Road, Solok Van Pragh, Taman Free School, Kg.Mutiara Batu Feringghi dan Lembah Ria.

C) DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
Lokasi banjir yang terlibat adalah di Taman Cantek ,Sekolah Tamil Mak Mandin, Flat Hijau Mak Mandin dan Kawasan kilang Mak Mandin. Bilangan rumah yang terlibat adalah sebanyak 50 buah.

D) DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
Lokasi banjir yang terlibat adalah Kampung Kuala Mengkuang, Kampung Ptg.Rawa, Jalan Tembikai,Jalan Baru / Kg.Tok Panjang, Taman Siakap, Taman Senangin, Jalan Chai Leng, Jalan Pala / IKS Ptg.Tinggi, Taman Sukun / Amra, BORR,Permatang Nibong, Jalan Bukit Tengah (berhampiran Shell),Tanah Liat,Taman Guru dan Kubang Semang.

E) DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Lokasi banjir yang terlibat adalah Kampung Nenas Sungai Kechil, Kampung Sethu, Kampung Titi Hitam dan Kampung Pengkalan

Kejadian banjir ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor utama seperti berikut:
(a) Jumlah taburan hujan yang tinggi dan menyeluruh yang diterima oleh seluruh Negeri Pulau Pinang dan air pasang sedang menaik mulai jam 5.00 pagi (1.8m – 2.1m) dan mulai surut jam 12.00 pagi
(b) Sebahagian dari sungai-sungai dan sistem saliran di taman-taman dan kampung-kampung sediada tidak dapat menampung jumlah kadar alir aliran permukaan akan hujan lebat tersebut.
(c) Masih terdapat banyak kemudahan utiliti yang telah dibina menyeberangi sungai dan parit utama adalah rendah dan menghalang aliran air semasa hari kejadian.
(d) Masih terdapat banyak sampah dari domestik, industri dan pertanian yang masih dibuang ke dalam sungai dan parit monsoon. Isu ini menyebabkan sistem saliran tidak berfungsi dengan baik terutamanya apabila melibatkan rumah pam.

TINDAKAN PENYELESAIAN

1. Kerajaan Negeri melalui
JPS dan PBT akan terus melaksanaan projek-projek tebatan banjir di kawasan ‘hot spot’ banjir di seluruh Negeri Pulau iaitu menggunakan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM 300 juta. Pelaksanaan projek-projek ini dijadualkan akan bermula pada suku tahun keempat 2017 dan dijangka akan mengambil masa 2-3 tahun. Kerja-kerja pencegahan dan penyelengaraan juga akan diteruskan bagi memastikan agar sistem saliran sediada berada di dalam keadaan baik.

2. Kempen kesedaran alam sekitar terutamanya yang melibatkan kempen jangan membuang sampah kedalam sungai akan dipergiatkan lagi oleh Kerajaan Negeri bagi memaklumkan orang ramai tentang kesan membuang sampah kedalam sungai.

3. Kerajaan Negeri akan mengenalpasti kawasan sungai dan saliran yang mengalami ‘bottle neck’ akibat dari pembinaan utiliti yang dibina tidak mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pihak syarikat utiliti akan diarahkan untuk mengalihkan kesemua kemudahan utiliti dengan kos ditanggung sendiri oleh syarikat-syarikat tersebut.

Saya amat berharap agar pihak masyarakat dan media memahami bahawa Kerajaan Negeri amat serius untuk menangani isu banjir ini dan akan melaksanakan Projek Tebatan Banjir iaitu Projek High Impact untuk menanggani masalah banjir di 47 kawasan Hot Spot banjir.

 

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply