English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Berita Terkini

8,500 Hektar Sawah Di Pulau Pinang Kering Berikutan Cuaca Panas

 

artikel 4

 

Lebih 8,500 hektar sawah di Pulau Pinang mengalami masalah bekalan air sehingga menjadi kontang menyebabkan jadual penanaman padi terpaksa ditangguh berikutan cuaca kering yang berlarutan sejak awal tahun.

Masalah itu menyebabkan kira-kira 50,000 pesawah terjejas dan terpaksa menangguhkan penanaman padi yang sepatutnya bermula Mac lalu selepas proses penuaian padi dilakukan Januari lepas.

Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang telah mula membekalkan air kepada 3,328 hektar sawah atau 40 peratus daripada keseluruhan kawasan penanaman padi bagi membolehkan pesawah membuat persedian untuk menanam padi.

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata pihaknya menjangkakan keseluruhan kawasan penanaman padi terutama di daerah Seberang Perai Utara (SPU) akan dibekalkan air menjelang Mei ini.

"Sejak minggu lepas, 1,546 hektar kawasan sawah di Seberang Perai Utara (SPU), 1,365 hektar (Seberang Perai Selatan), 305 hektar (Seberang Perai Tengah) dan 112 hektar di Barat Daya telah mula dibekalkan air oleh JPS dengan mengepam dari sungai berhampiran sawah.

"Kami jangkakan Mei ini semua kawasan penanaman padi dapat disalurkan air dan pesawah boleh menanam semula kerana mereka telah menangguhkannya sejak Mac lepas berikutan fenomena El Nino," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke beberapa kawasan penanaman padi di SPU di sini, Jumaat.

Sementara itu, Dr Afif berkata kerajaan negeri sedia bekerjsama dengan kerajaan persekutuan untuk melakukan pembenihan awan supaya bekalan air di sungai meningkat bagi membolehkan ia dipam ke kawasan sawah. Beliau berkata kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk kos lima hari pembenihan awam dan proses pembenihan awan itu perlu dilakukan di Baling, Sik dan Kuala Muda kerana punca air datang dari sana

RM150 Juta Atasi Banjir Di Pulau Pinang

 

artikel 5

Kerajaan pusat memperuntukkan RM150 juta untuk Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang sejauh 3.2 kilometer hari ini untuk mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku baru-baru ini. - Foto Bernama

 

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, peruntukan itu adalah untuk projek penambahbaikan Sungai Pinang yang merupakan sungai utama di Pulau Pinang.

“Peruntukan sebanyak RM150 juta ini adalah khusus untuk ‘rolling plan 2’ RMK 11 tahun 2017 bagi negeri Pulau Pinang.

“Terbahagi kepada dua komponen iaitu RM25 juta khusus kepada projek penambahbaikan sungai dan baki lagi RM125 juta khusus kepada projek tebatan banjir di Sungai Pinang sepanjang 3.2km, termasuk 10 batang anak sungai yang berhubung dengan Sungai Pinang ini,” katanya dalam satu sidang media selepas melawat Sungai Pinang, sebentar tadi.

Tiada Amaran Tsunami Di Pulau Pinang

 

artikel 1Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang menafikan amaran tsunami dikeluarkan di beberapa kawasan di negeri ini.

Pengarahnya, Sabri Abdul Mulok, berkata tiada ancaman tsunami dilaporkan dan fenomena air laut pasang adalah fenomena biasa.

"Tidak, saya nafikan mengenai amaran tsunami itu. Memang banjir kilat yang berlaku ada kaitan dengan air laut pasang, tetapi ia bukan luar biasa," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sabri berkata demikian mengulas satu mesej WhatsApp yang menjadi viral dan melaporkan beberapa kawasan seperti di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong serta Persiaran Gurney, di sini, terdedah kepada ancaman tsunami berikutan fenomena air laut pasang luar biasa.

JPS Pulau Pinang Kenal Pasti 47 Kawasan Kerap Banjir

 

artikel 6Sebanyak 47 kawasan yang kerap terdedah kepada banjir di negeri ini telah dikenal pasti dan akan diberi perhatian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang.

Pengarah JPS Pulau Pinang, Sabri Abdul Mulok berkata daripada 47 kawasan itu, 11 lokasi adalah tempat utama yang sering berlaku banjir dan menyebabkan kerugian harta benda yang besar berikutan mempunyai penduduk yang padat.

"Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah menyediakan peruntukan RM150 juta masing-masing kepada JPS untuk menjalankan projek tebatan banjir bagi 2017," katanya kepada pemberita di sini hari ini.....

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply