English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Berita Terkini

The Star Red River

 


 

FACTORY OWNER ORDERED TO CLEAN UP POLLUTED 'RED RIVER

 


 

BUTTERWORTH: A joss paper factory in Sungai Puyu was slapped with a fine for polluting a river with red ink. Seberang Prai Municipal Council president Datuk Rozali Mohamud said the owner was fined for disposing of factory waste into public space. The Department of Environment also issued a notice to the factory for the same offence. Its director Rusnani Abdullah said officers checked the factory yesterday after residents lodged reports over the “red river” on Sunday. “Investigations found that the factory has failed to comply with our regulations. “The owner was ordered to clean up the polluted river within three days,” he said. He added that officers also took water samples to determine if the red ink was dangerous. On Sunday, villagers in Kampung Alor Merah and Taman Seri Pinang nearby were shocked after seeing the river water turning red. The alarm was immediately raised as after in the river was used to irrigate padi fields in the area.

- THE STAR ONLINE (16 January 2018) - 

eb6e32e010d30f63a4c33e3feaa4f28e

 


 

Pulau Pinang Dilanda Banjir

 


 

Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat sejak pukul 11 malam tadi sehingga kini menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Sebanyak 15 kawasan di bahagian pulau negeri ini dinaiki air manakala selebihnya membabitkan lokasi di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU), dengan paras air antara 0.1 meter hingga 0.4 meter.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Agama Nahdatul Islah di Kubang Semang yang menempatkan lima orang daripada sebuah keluarga.

"Keluarga itu dipindahkan ke pusat berkenaan kira-kira 8 pagi ini selepas rumah mereka di Kubang Semang dinaiki air hingga paras 0.5 meter. Setakat ini, pihak polis bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam sedang membuat pemantauan di kawasan dinaiki air," katanya di George Town hari ini.

Beliau berkata antara kawasan yang dinaiki air di daerah SPT ialah Taman Mutiara, Kampung Padang Lalang, Kampung Permatang Rawa, Jalan Tembikia, Taman Makok, Taman Cantek, Taman Siakap, Taman Usaha, Taman Amra dan Jalan Bagan Lalang.

Nik Ros Azhan berkata puluhan rumah di kawasan yang terlibat turut dimasuki air namun masih di peringkat berjaga-jaga dan jika hujan berterusan kemungkinan penduduk yang terlibat akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Katanya selain itu, susur keluar ke Permatang Pauh di Lebuh Raya Utara Selatan turut ditutup kepada lalu lintas kerana air naik hingga 0.5 meter dan berbahaya kepada pengguna jalan raya dan ia turut menyebabkan kesesakan teruk dari Sungai Dua ke Perai.

917c72e26cfd4da52aa5154f3bd96841

 

 

Seorang penduduk di Permatang Rawa, Mohd Razak Ahmad Awang, 46, berkata sejak semalam beliau, isteri dan tiga anaknya tidak tidur kerana bimbang rumah dimasuki air selepas hujan lebat sejak pukul 11 malam di kawasan itu.

"Rumah kami mula dimasuki air banjir sejak pukul 3 pagi ini dan kira-kira 15 buah rumah di sini turut dimasuki air, nasib baik air masih di paras betis sahaja.Tapi saya dah bersedia untuk dipindahkan jika banjir semakin buruk," katanya kepada Bernama.

Bagi kawasan SPU, antara tempat yang dinaiki air banjir ialah Mak Mandin, Jalan Raja Uda, Butterworth, Taman Sungai Rambai, Taman Bunga Raya dan Taman Senangin, namun tiada mangsa yang dipindahkan.
Sementara itu, di bahagian pulau sekurang-kurang 15 kawasan dinaiki air membabitkan daerah Timur Laut antaranya Kampung Makam, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Lebuh Cecil, Jalan Sungai Ujong, Jalan Magazine dan Lebuh Cintra. Kawasan yang terjejas di daerah Barat Daya pula ialah Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Sungai Ara.

Jalan P.Ramlee yang merupakan kawasan paling kerap dilanda banjir kilat di Pulau Pinang turut ditutup kepada lalu lintas selepas air banjir mencecah 0.5m, namun setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan. 

- Bernama

 

 

WhatsApp Image 2017 12 20 at 6.18.04 PM

 


 

Sekalung Tahniah Dari Kami Semua

 


 

 

Tahniah diucapkan kepada YBhg Dato' Ir. Dr. Hj. Md Nasir Bin Md Noh diatas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran berkuatkuasa 19 Disember 2017 dari seluruh wargakerja JPS Pulau Pinang. Selamat bertugas.

 

 

 

 

WhatsApp Image 2017 12 27 at 7.40.01 PM

 


 

Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 


 Pulau Pinang, 26 dan 27 Disember 2017. Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Datuk Ir Dr Hj Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar ke Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar YBhg Dato' Hj Suhaimi Bin Hj Mamat diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia YBhg Dato' Ir Hj Md Nasir Bin Md Noh.

 

WhatsApp Image 2017 12 27 at 7.40.02 PM

 

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang En Mohd Azmin Bin Hussin. Sewaktu lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh JPS Pulau Pinang berkenaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam Daerah Barat Daya. Rombongan YB Menteri juga turut dibawa melawat ke tapak cadangan projek RTB tersebut.

 

WhatsApp Image 2017 12 28 at 8.01.54 AM

 

 

 

WhatsApp Image 2017 12 12 at 1.57.33 PM

 

 Selamat Datang ke JPS Negeri Pulau Pinang

 

Pada 12 Disember 2017 (selasa) yang lalu telah berlangsungnya satu lawatan teknikal ke Projek Pemuliharaan Pantai dan Penambahbaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi Daerah Timur Laut Negeri Pulau Pinang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kulim Kedah. Sebelum itu, sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang Tingkat 55 Bangunan KOMTAR. Taklimat dipengeruskan oleh En Mohd Nazaruddin Bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JPS Pulau Pinang. 

Selamat Datang Kami Ucapkan..



WhatsApp Image 2017 12 12 at 1.57.34 PM

 

WhatsApp Image 2017 12 12 at 1.57.39 PM

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply