English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Berita Terkini

 

Naik taraf 2

 


 

Naik Taraf Saliran Parit Atasi Banjir

 


Teks & Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS

GEORGE TOWN Sebagai inisiatif mengatasi kejadian banjir kilat di sebahagian Lebuh  McNair, Jalan Magazine hingga Lebuh Tye Sin, kerja menaik taraf saliran parit-parit berkaitan dijangka bermula pada April 2018. Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, kerja- kerja naik taraf yang dijangka siap pada Oktober 2018 adalah termasuk melebarkan keluasan parit sedia ada yang kini hanya bersaiz 0.3 meter. “Parit di kawasan sekitar ini adalah bersaiz kecil iaitu 0.3 meter sahaja, dan ia  menjadi  antara faktor air cepat bertakung dan mengambil masa yang agak lama untuk surut. “Komponen lain bagi kerja-kerja menaik taraf adalah termasuk menggantikan pembentung kotak ( box culvert ) berukuran 0.9 meter lebar; kemudahan laluan untuk pejalan kaki serta perabot jalan seperti bebendul jalan ( kerb ) , pracampuran ( premix ) dan garisan jalan,” katanya pada sidang media di salah sebuah lokasi di sini baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang,  Wong Yue Harng. Mengulas lanjut, Wei Aik memberitahu, dianggarkan projek berkaitan bakal melibatkan kos berjumlah RM400,000 dengan mengambil  kira Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6 peratus yang terpaksa dibiayai MBPP. Sementara itu, Keng Ee menyatakan bahawa pihaknya akan berkerjasama dengan MBPP bagi memantau pokok-pokok yang menjalar besar di kawasan ini. “Tujuannya adalah bagi mengelakkan pokok-pokok ini daripada tumbang sehingga membahayakan para pengguna jalan raya terutamanya pejalan kaki. “(Dan) hari ini, sebanyak 25 batang  pokok  jenis Takoma dan Bushida telah  ditanam  di sekitar kawasan ini,” jelasnya. - Buletin Mutiara

 

Naik Taraf Saliran Parit Atas Banjir 1

KEADAAN saliran parit terkini.

 

 

maulid

 


 

Maulidur Rasul Disambut Dengan

Penuh Penghayatan

 


 

Pasukan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) diketuai oleh Jurutera Daerah Seberang Perai Utara, En. Mohamad Nor Hafiz Bin Noor Azmi telah menyertai dalam upacara Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1439H/2017M yang berlangsung pada 1 Disember 2017. Seramai 60 orang kakitangan telah terlibat dengan perarakan pada kali ini. Majlis sambutan dimulakan dengan Pergerakan Ummah yang bermula daripada Institut Latihan dan Perindustrian (ILP), Bukit Panchor, Nibong Tebal Seberang Perai Selatan ke Masjid Nurul Iman, Bukit Panchor. Majlis penganugerahan tokoh-tokoh Maulidur Rasul dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

 

IMG 4002

IMG 4011

WhatsApp Image 2017 12 01 at 9.36.17 AM (1)

8c65deda 6b5a 4a37 a09c e74978d0b298


 

Projek Tebatan Banjir Skala Besar Tanggungjawab Pusat

 


GEORGETOWN – Peruntukan untuk rancangan tebatan banjir berskala besar adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, sehubungan itu berikutan kejadian banjir besar di Pulau Pinang minggu lepas, kerajaan  negeri sekali lagi telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan  masalah banjir di negeri ini.

Sebanyak 13 projek dengan peruntukan RM1 bilion dibentang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke negeri ini Selasa lepas, kata Kon Yeow ketika menggulung perbahasan  Bajet 2018 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan yang diminta itu adalah bagi melaksanakan projek-projek tebatan banjir Teluk Kumbar; Teluk Bahang; Pondok Upeh; Sungai Junjung; Parit 4; Parit Raja Uda; Sungai Kecil; Kawasan Perindustrian Perai; Lembangan Sungai Perai; Lembangan Sungai Juru; Lembangan Sungai Jawi; Bayan Lepas; dan Lembangan Sungai Pinang.

”Pelaksanaan projek-projek itu akan memberi impak yang besar dalam menangani masalah banjir di negeri ini. Justeru saya amat berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkan permohonan ini dan memberi keutamaan dalam meluluskan projek-projek itu,” katanya.

 

Kon Yeow berkata, bagi pihak kerajaan negeri pula, antara pelan jangka panjang yang dirancang dan dilaksanakan ialah projek rancangan tebatan banjir Sungai Pinang dengan kos RM150 juta di bawah  peruntukan persekutuan dan sembilan projek tebatan banjir di bawah peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM150 juta.

Satu lagi langkah yang dilaksanakan ialah menjalankan Kajian Pelan Induk Saliran bagi semua daerah di negeri ini dan setakat ini dua kajian telah siap iaitu bagi daerah Seberang Perai Tengah dan Barat Daya, katanya.

Beliau berkata pelan induk saliran itu akan menjadi garis panduan dalam merancang sistem saliran dan  meluluskan pembangunan baharu serta merupakan garis panduan kepada pemaju dan jurutera perunding dalam merancang pembangunan baharu, katanya.

Mengenai sistem amaran awal banjir menurutnya, sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Pulau Pinang akan dilaksanakan mulai Jun tahun depan sehingga 2022 melibatkan enam lembangan sungai iaitu Sungai Pinang, Sungai Kerian, Sungai Muda, Sungai Juru, Sungai Perai dan Sungai Jawi.

Sistem PRABN yang diperkenalkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi  amaran  banjir lebih awal iaitu tujuh hari sebelum banjir dijangka berlaku dan amaran banjir seawal dua hari berbanding sekarang iaitu enam jam sebelum banjir. - Bernama

 

 

 

 

170501 Sirens

 


 

 

Banjir: Perlis dan Pulau Pinang Diminta Tingkat Siap Siaga

 


 

KUALA LUMPUR: Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) menyarankan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Perlis untuk mengambil langkah siap siaga selaras dengan laporan paras air di Empangan Timah Tasuh yang melepasi bacaan paras bahaya. 

 

banjir 1NDCC menyarankan pihak berkuasa dan penduduk di Perlis dan sekitar Sg. Ara, Pulau Pinang bersiap siaga dengan kemungkinan banjir. 

 

Dalam satu kenyataan, pusat itu turut memaklumkan Perlis diramal dilanda hujan bermula petang ini dan berlarutan sehingga esok. Keadaan itu juga diburukkan dengan ramalan paras air laut pada awal pagi esok. Sementara itu, pihak berkuasa di Pulau Pinang diminta melaksanakan tindakan pemantauan di kawasan Sungai Ara mulai petang ini memandangkan paras sungai dijangka meningkat Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah juga disarankan bersiap siaga sebagai langkah persediaan awal. Kenyataan itu juga menyebut keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih.  Namun kawasan berhampiran hilir Sungai Golok dijangka kekal digenangi bah susulan hujan sederhana diramal berlaku pada malam ini sehingga esok.

 

 

Banjir Di Pulau Pinang

 


 

 

 Banjir Di Pulau Pinang Semakin Pulih

 

 


 

GEORGE TOWN – Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan pagi ini.

Sehingga 6 pagi, sejumlah 3,482 orang daripada 914 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan berbanding 5,729 orang daripada 1,445 keluarga malam tadi. Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di 25 pusat pemindahan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT). “Seramai 2,588 orang berada di 13 pusat pemindahan di daerah SPU manakala 894 orang lagi di 12 pusat pemindahan di SPT,” katanya di sini hari ini. Cuaca di Pulau Pinang pagi ini cerah. Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati penduduk yang telah pulang ke rumah mereka mula membersihkan rumah masing-masing dengan dibantu sukarelawan seawal pukul 7 pagi. Mereka berharap lebih ramai sukarelawan dapat membantu penduduk kerana keadaan selepas banjir lebih teruk berbanding ketika air sedang naik malah rumah dipenuhi sampah dan lumpur.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok. Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

 

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply