26 September 2024 (Khamis) | Selama 2 hari telah berlangsungnya Sesi Kunjungan Hormat Delagasi dari Negeri Pulau Pinang pada 26 September 2024 sehingga 27 September 2024 di bawah pimpinan YB Dato Seri Sundarajoo a/l Somu EXCO Perumahan dan Alam Sekitar ke Negeri Selangor yang diwakili oleh YB Puan Jamaliah Jamaludin EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar serta beberapa agensi di bawah porfolio beliau. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri Bin Yasmin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Tuan Norazizi bin Adinan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan Penang Green Council (PGC).
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mempelajari dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Zero Discharge Policy (ZDP). Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah membentangkan inisiatif untuk memperkenalkan dan melaksanakan Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) yang memfokuskan kepada pengurusan dan kawal selia kuantiti dan kualiti sumber air daripada punca persekitaran. Selain itu, lawatan ke Kilang Top Glove Selangor juga diadakan bagi melihat Takat Pelepasan Akhir dari Sistem rawatan efluen industri yang memainkan peranan kritikal dalam memastikan pematuhan kepada piawaian alam sekitar dan kelestarian operasi industri.
Pada hari terakhir delagasi Pulau Pinang dibawa melawat ke PJ Eco Recycling Plaza milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimana pusat kitar semula ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara yang dilihat memberikan impak yang sangat besar khususnya melibatkan kesedaran awam terhadap pentingnya pengasingan sisa dipunca dan program kitar semula.