English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Berita Terkini

Tahniah Kepada Penerima APT JPS 2016

 

Pada tanggal 11 April 2017 (Isnin), telah berlangsungnya satu acara gilang gemilang iaitu Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpuji Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang 2016 bertempat di Auditorium A , Paras 55 Menara KOMTAR. Penghargaan kepada pesara pesara JPS Pulau Pinang juga turut diberikan menerusi Anugerah Jasamu Dikenang 2017 khusus untuk bekas kakitangan JPS Pulau Pinang meliputi semua jawatan , daerah serta bahagian seluruh Pulau Pinang.


Banner APT JPS 2017

Backdrop Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2016

 

Majlis anugerah ini telah dirasmikan oleh YB Chow Kon Yeow, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Kerajaan Negeri Pulau Pinang sambil dialu alukan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang , Ir Sabri Bin Abdul Mulok.

 

IMG 2722IMG 2668IMG 2694

 Ir Sabri Bin Abdul Mulok bersama sama dengan YB Chow Kon Yeow sepanjang majlis berlangsung

 

Pada ucapan perasmian beliau, YB Chow Kon Yeow memuji prestasi JPS yang amat memberangsangkan sepanjang beberapa tahun sebelum ini. Beliau juga berharap pegawai yang baharu di JPS Pulau Pinang dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dikecapi sebelum ini. Pada tahun ini sejumlah besar peruntukan dari Kerajaan Negeri telah diagihkan kepada JPS Pulau Pinang untuk melaksanakan projek - projek tebatan banjir. Dalam majlis yang sama, Tuan Pengarah Ir. Sabri Bin Mulok dalam ucapannya menasihatkan kakitangan JPS agar terus menjaga integriti seperti yang sering diingatkan oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri. 

"Jika ada yang terlibat dengan rasuah, tindakan amat serius akan diambil, ini termasuklah kesalahan yang melibatkan disiplin. Justeru, berilah komitmen dan berusahalah dengan lebih keras dalam tugas yang diamanahkan." ujarnya. 

 

IMG 2717IMG 2696IMG 2708 

 

Pada majlis tersebut seramai 241 orang kakitangan JPS Pulau Pinang menerima sijil penghargaan setelah mencapai penilaian prestasi tahunan yang cemerlang (melebihi 90 markah) manakala 12 individu lain menerima penghargaan setelah menabur bakti dan bersara di JPS Pulau Pinang. Diakhir majlis, tetamu di sajikan dengan persembahan montaj aktiviti JPS sepanjang tahun 2017 sehingga sekarang. Jamuan makan juga turut disediakan untuk semua.

 

IMG 2736

Tuan Pengarah menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2017

 

IMG 3165

Cenderahati disampaikan kepada YB Chow Kon Yeow

 

IMG 3130

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah

River Run 2017 Berlangsung Meriah

 

Pada 10 September 2017 (Ahad), telah berlangsungnya satu program Penanti River Run 2017 (Save Our Kampung, Save Our River) yang bertempat Jeti Nelayan Kampung Terus, Penanti, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS PP) telah bertindak sebagai Pengerusi Bersama dengan pengurusan Adun Penanti, Puan Sri Norlela Binti Haji Ariffin, JKK & Briged Wanita Penanti dan Persatuan Nelayan Kg Terus pada Program kali ni.

 

cropped RiverRun logo copy 1 e1502521614768

JPS Pulau Pinang yang diwakili oleh Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran (Ir Sabri Bin Abdul Mulok) serta Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Ir Mohamad Adhar Bin Yahaya turut mengambil bahagian dalam program kali ini. Peserta program telah mula melaporkan diri di venue seawal jam 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi. 2 peringkat halangan disediakan pada acara kali ini iaitu 5km dan 10km.

 

River Run 4River Run 6River Run 3

 Antara detik detik menarik yang sempatkan diambil sepanjang acara berlangsung.

 

Pada program ini juga, sesi bergotong royong memasak masakan kampung daripada penduduk sekitar Kampung Terus, Penanti. Pelbagai aneka juadah menyelerakan telah disediakan. Tidak ketinggalan, cabutan bertuah turut disediakan. Ternyata program ini telah berjaya menyatupadukan rakyat serta pejabat adun dan agensi kerajaan yang terlibat.

 RIver Run 5

Peserta program River Run sedang  berusaha menamatkan perlumbaan

 

River Run 2017 (Kampung Terus)

 Tuan pengarah di wawancara oleh wartawan media tempatan

 

River Run 2017 2

 Pengarah bersama YB semasa sesi berdialog berdekatan dengan Jeti Nelayan Kampung Terus, Penanti

 

 

 

 

 

Lawatan Teknikal oleh Pakar Pemodelan Banjir Typhoon Committee

Pada tarikh 29 Ogos 2017 (Selasa), telah diadakan satu satu Lawatan Teknikal Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang bersama sama dengan wakil Pakar Pemodelan Banjir dari Typhoon Committee, Professor Yongbo Chen yang berlangsung di Pejabat JPS Negeri Pulau Pinang. Lawatan teknikal ini dipengurusikan oleh Tuan Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Ir Sabri Bin Abdul Mulok.



Lawatan Tapak Prof Yangbo 2

 

Projek yang dicadangkan bersempena dengan Lawatan Tapak kali ini adalah 'Operational System for Urban Flood Forecasting and Inudation Mapping (OSUFFIM Project)'. Pada sebelah pagi, pihak daripada Typhoon Committee mengadakan lawatan ke Pejabat JPS Pulau Pinang di Tingkat 55 Menara Komtar Georgetown Pulau Pinang. Pada sesi ini juga turut diadakan perbincangan dua hala dan perkongsian idea di antara  pihak Typhoon Commitee dengan warga JPS Pulau Pinang.



Lawatan Tapak Prof Yangbo 3

 

Pada sebelah petang pula, pihak Typhoon Committee juga turut melawat ke Stesen Telemetrik Sungai Pinang @ Jalan Perak bagi mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai persekitaran tapak dan mengenali serta mempelajari teknologi yang diguna pakai oleh JPS Pulau Pinang khususnya mengenai aspek banjir dan saliran air. Selain itu, tetamu juga turut dibawa ke Stesen Telemetrik Kolam Takungan Air Itam. Pihak JPS Pulau Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Typhoon Committee yang sudi meluangkan masa dalam lawatan pada kali ini.



Lawatan Tapak Prof Yangbo 7Lawatan Tapak Prof Yangbo 6Lawatan Tapak Prof Yangbo 8 

Lawatan di Stesen Telemetrik Sg Pinang @ Jalan Perak          Pegawai JPS memberikan taklimat kepada tetamu                        Sesi bergambar di Kolam Takungan Air Itam

 

Lawatan Tapak Prof Yangbo 10Lawatan Tapak Prof Yangbo 11
                               
                               Lawatan di Stesen Siren Banjir Kampung Makam, Jalan Singgora Georgetown

 

 

Perarakan Hari Kemerdekaan 2017

 

GEORGETOWN: Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas bersama ribuan rakyat memeriahkan perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 peringkat negeri di sini, hari ini. Perarakan di Padang Kota Lama di sini, dimulakan dengan perbarisan Jalur Gemilang utama Kontinjen Tentera Regimen 509 Askar Wataniah; Brass Band Tentera 3 Armor Diraja dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negeri, pada jam 9.50 pagi tadi. Kira-kira 6,000 peserta mewakili 91 kontinjen daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta terbabit dalam perarakan kali ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus; barisan EXCO kerajaan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.

 

Perarakkan Hari Kebangsaan

Kiri , Kanan, Kiri. Semangat yang jitu ditunjukkan oleh para kontijen JPS Pulau Pinang

Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPS PP) juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam acara kali ini. Seramai 60 orang peserta yang terdiri dari 5 buah daerah dan ibu pejabat mengambil bahagian. Skuad JPS yang diketuai oleh Encik Hasnal Bin Md Rouse telah memberikan semangat dan komitmen yang baik sepanjang acara ini berlangsung.

 

Perarakan Hari Kemerdekaan (PPSN)

Pengarah JPS  Pulau Pinang (Ir Sabri Bin Abdul Mulok) berswafoto bersama kontinjen. 

 

 

 

 

 


Fiesta 2017 Tapak Eskpo Seberang Jaya

Ekspo pertanian, penternakan, perikanan dan usahawan terbesar di Pulau Pinang, Seberang Perai Fiesta 2017 kini kembali lagi. Fiesta anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jawatankuasa MMK Pertanian & Industri Asas Tani tersebut telah diadakan pada 24 sehingga 27 Ogos 2017  (Khamis hingga Ahad) bertempat di Tapak Ekspo Seberang Perai.

 

20994198 1527330350665116 5213785192361487306 n

20374492 1527330547331763 5359909460004611696 n

21106664 1527330387331779 3946631514442628129 n21032822 1527330673998417 8735814613141323107 n21106375 1527330757331742 2582626156320790922 n

 

Perasmian Seberang Perai Fiesta 2017 telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Bin Hj Abbas pada 25 Ogos 2017 (Jumaat) pada jam 8 Malam. Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPS PP) juga turut tidak ketinggalan menyertai Ekspo yang berlangsung selama 4 hari ni. Program Fiesta 2017 ini merupakan satu platform yang terbaik buat JPS PP untuk mengetengahkan teknologi, inovasi dan kejayaan terkini dalam sektor pengairan dan saliran.

Seramai 37 orang kakitangan JPS melibatkan semua daerah dan bahagian ditugaskan sepanjang   Fiesta 2017 ini berlangsung. Ternyata komitmen yang diberikan oleh kakitangan JPS ini selayaknya diberikan pujian kerana mereka telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dalam menyampaikan info dan juga maklumat penting kepada orang awam yang hadir. JPS tidak ketinggalan mempamerkan hasil produk inovasi yang menarik dan telah memenangi pencapaian di dalam mahupun di luar negara sepanjang Fiesta 2017 ini berlangsung. Antara produk - produk inovasi tersebut adalah :


              1. Geoprotect
              2. Perangkap Sampah Terapung Modular (MFRT)
              3. Pagar Keselamatan "A Guard Rail - Ultra Gal"
              4. Integrated Floatable Bridge
              5. Drainage Debris Collector

   

21150177 1527330487331769 3342390168289076506 n21034515 1527330447331773 1027142400388989932 n20993973 1527330590665092 4214845309123750353 n21106655 1527330630665088 615102433302048737 n

 

Secara keseluruhannya, penganjuran Fiesta 2017 Tapak Eskpo Seberang Jaya 2017 ini telah berjaya dilaksanakan. Ianya turut memberikan impak positif bukan sahaja kepada orang awam, tetapi juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran itu sendiri. Diharapkan pada tahun yang akan datang, program seumpama ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan dan meriah. 

 

 

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply