faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

40276461 1950273485037465 3023421925708791808 n (1)

 

________________________________________________________________________________________________________________________________________

MAJLIS KORBAN PERDANA DI PEJABAT DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

________________________________________________________________________________________________________________________________________

      Majlis Korban Perdana bagi tahun 1439 Hijrah/2018 Peringkat Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau   Pinang telah diadakan pada 23 Ogos 2018 bertempat di Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.Sebanyak 5 ekor   lembu telah dikorbankan pada majlis tersebut yang turut melibatkan seramai 200 orang kakitangan JPSPP .

 

    40089805 1950273655037448 2724444622259486720 n   40094944 1950273565037457 1233251218541772800 n   40098259 1950273571704123 9150448457150889984 n

 

    40100066 1950273475037466 7505635626717282304 n    40112757 1950273558370791 6152051613658775552 n   40139360 1950273488370798 608695254954016768 n

 

 

  

37561268 1884916038239877 8522882889719742464 o


 Tahniah kepada mantan Pengarah Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang, Dato' Ir. Sabri Bin Abdul Mulok Di Atas Pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) 


 

           JPS Pulau Pinang dan seluruh warganya mengucapkan setinggi tahniah kepada mantan Pengarah Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Dato' Ir. Sabri Bin Abdul Mulok di atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) sempena Hari Ulang Tahun Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas.

 

           Penganugerahan ini amat dibanggakan oleh JPS Pulau Pinang dan warganya kerana merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan yang dberikan oleh kepimpinan tertinggi Negeri kepada JPS Pulau Pinang atas peranan dan jasanya dalam membantu memacu pembangunan di Negeri Pulau Pinang

 

           YBhg. Dato' Ir. Sabri Bin Abdul Mulok kini berkhidmat sebagai Pegarah Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia

 

   37399815 1884916098239871 7021465848929845248 o           37649843 1884916111573203 3123874051051749376 o

WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.16


 Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sg Jelutong Diversion (Bawah Tanah) Di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong Dan Solok Perak, Jetulong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.


 

         Pada 3 Julai 2018, telah diadakan Majlis Pecah tanah Projek Tebatan Banjir Sg Jelutong Diversion (Bawah Tanah) Di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong Dan Solok Perak, Jetulong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

          Majlis ini telah disempurnakan oleh YB  Zairil Khir Johari, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama di dalam majlis ini adalah Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Hussin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Ir. Shahabuddin Bin Mohd Muhayidin, wakil pihak Majlis Bandaraya Pulau Pianng (MBPP), Ahli Parlimen Jelutong dan ADUN kawasan setempat.

          Antara skop utama projek ini adalah menaiktaraf struktur saliran bawah tanah (Sungai Jelutong Diversion) sediada yang perlu dibaikpulih sepanjang 495m, menaiktaraf persimpangan Jelutong, menaiktaraf Jalan Tengku sepanjang 300m dan Solok Perak sepanjang 100m.

           Kerja menaiktaraf ini secara langsung akan membantu menyelasikan permasalahan integriti struktur lencongan saliran bawah tanah di samping penyuraian semula trafik sekitar jajaran projek dan mengurangkan kesan banjir di hilir kawasan tandahan Sg. Jelutong dan Sg. Pinang sehingga siap sepenuhnya RTB Sg. Pinang yang akan mengambil jangkamasa dua (2) tahun.

 

      WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.15      WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.18   WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.19

yb xavier

WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.30

 


Sambutan Hari Air Sedunia 2018 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Taman Bandaraya (Youth Park) Pulau Pinang. 


 

       Pada 23 Jun 2018, sambutan Hari Air Sedunia 2018 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Taman Bandaraya (Youth Park) Pulau Pinang.

 

    Sambutan ini telah dianjurkan oleh Water Watch Penang (WWP). Turut menjadi pengangur bersama adalah   Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Chow Kon Yeow. Turut hadir di dalam sambutan ini adalah Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Husin.

 

   Pihak JPS Pulau Pinang juga turut bersama-sama memeriahkan sambutan ini dengan mengadakan pameran   berkenaan fungsi Jabatan terhadap kepentingan air negara di Pulau Pinang selain mempamerkan sistem U-Ban yang merupakan cetusan inovasi dari pihak JPS Daerah Seberang Perai Selatan.

   

  WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.21     WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.23    

  WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.25 (1)   WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.26

  WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.27 (1)    WhatsApp Image 2018 06 25 at 11.31.29

 

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393374
Bulan Ini: 2,315
Jumlah Pelawat: 393,374

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image