__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Majlis Makan Malam (Welcoming Dinner) bersempena Persidangan Antarabangsa Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kejuruteraan Empangan (ICDSME)
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada 19 November 2019 telah diadakan Majlis Makan Malam (Welcoming Dinner) bersempena Persidangan Antarabangsa Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kejuruteraan Empangan (ICDSME). Majlis ini telah diadakan di The Banquet Ballroom, The Top, KOMTAR. Majlis telah dirasmikan oleh EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Yang Berhormat Tuan Zairil Khir Johari.
Turut hadir sama semasa majils makan malam ini adalah Setiausaha Bahagian Sumber Air dan Hidrologi Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli, Yang Berusaha Tuan Abdul Hadi Omar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Haji Nor Hisham Mohd Ghazali, Presiden Malaysia National Committee on Large Dams (MYCOLD), Yang Berbahagia Professor Datin Ir. Dr. Lariyah Mohd Sidek, Presiden International Commission on Large Dams (ICOLD), Tuan Michael F. Rogers, Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Yang Berbahagia Professor Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha.
Majlis makan mala mini telah dihadiri hamper 300 orang yang terdiri dari peserta persidangan dan tetamu jemputan yang lain.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Majlis Pembukaan Persidangan Antarabangsa Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kejuruteraan Empangan (ICDSME) bertempat di Wembley Hotel, Pulau Pinang
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada 19 November 2019 telah diadakan Majlis Pembukaan Persidangan Antarabangsa Dalam Pengurusan Keselamatan Dan Kejuruteraan Empangan (ICDSME) bertempat di Wembley Hotel, Pulau Pinang. Majlis Pembukaan ini telah disempunakan oleh YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dato' Dr. Xavier Jayakumar. Turut hadir sama semasa majils pembukaan ini adalah.
Turut hadir sama semasa majlis pembukaan ini adalah EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Yang Berhormat Tuan Zairil Khir Johari, Setiausaha Bahagian Sumber Air dan Hidrologi Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli, Yang Berusaha Tuan Abdul Hadi Omar, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Haji Nor Hisham Mohd Ghazali, Presiden Malaysia National Committee on Large Dams (MYCOLD), Yang Berbahagia Professor Datin Ir. Dr. Lariyah Mohd Sidek, Presiden International Commission on Large Dams (ICOLD), Tuan Michael F. Rogers, Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Yang Berbahagia Professor Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha serta pegawai-pegawai kanan JPS Malaysia, wakil-wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkaitan.
Persidangan ICDSME 2019 yang diadakan di Pulau Pinang ini telah bermula pada 18 Novembner 2019 sehingga 22 November 2019. Persidangan ini dianjurkan secara usahasama antara JPS, Malaysia National Committee on Large Dams (MYCOLD), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Persidangan ICDSME2019 merupakan persidangan pertama dalam bidang Keselamatan Empangan di Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman tentang keselamatan empangan dan sebagai platform untuk pemilik dan operator empangan bagi memastikan empangan sentiasa dalam keadaan selamat dan baik untuk beroperasi yang melibatkan penyertaan lebih 300 orang peserta yang terdiri daripada pakar kejuruteraan dan penyelidik berkaitan empangan dari dalam dan luar negara.
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
KEJADIAN BANJIR DI KAMPUNG BUKIT TEH
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada 25 Oktober 2019 (Jumaat), satu kejadian banjir teruk berlaku di Kampung Bukit Teh, daerah Seberang Perai Tengah sekitar Jam 12.30 malam. Oleh itu, pihak JPS telah ambil tindakan selanjutnya. Pada malam tersebut pihak JPS telah pergi melawat kawasan di Kampung Bukit Teh untuk melihat sekitar kejadian tersebut.