faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.07 (1)

 


 

Lawatan Kerja Ybhg. Dato Sri Azizan Bin Ahmad Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar ke Negeri Pulau Pinang

 


 

Pada 20 April 2018, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Ybhg. Dato Sri Azizan Bin Ahmad Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar ke Negeri Pulau Pinang bagi memantau pelaksanaan cadangan projek-projek pembangunan di Negeri Pulau Pinang. Sesi taklimat berkenaan projek telah diadakan di Pejabat Jurutera Daerah, Daerah Barat Daya oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Hussin dan Jurutera Daerah Barat Daya, En Hashim Bin Abdullah disusuli dengan lawatan ke cadangan tapak projek pembangunan.

Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Ir. Hj. Md. Nasir Bin Md. Noh, Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Sumber Asli dan Salam Sekitar, En Badurunhisam Bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Puan Azizah Binti Ariffin serta wakil-wakil daripada Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya.
 
 
WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.09   WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.08 WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.07
 
WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.10 WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.12 WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.25.29
 
WhatsApp Image 2018 04 26 at 10.24.11

The Star Red River

 


 

FACTORY OWNER ORDERED TO CLEAN UP POLLUTED 'RED RIVER

 


 

BUTTERWORTH: A joss paper factory in Sungai Puyu was slapped with a fine for polluting a river with red ink. Seberang Prai Municipal Council president Datuk Rozali Mohamud said the owner was fined for disposing of factory waste into public space. The Department of Environment also issued a notice to the factory for the same offence. Its director Rusnani Abdullah said officers checked the factory yesterday after residents lodged reports over the “red river” on Sunday. “Investigations found that the factory has failed to comply with our regulations. “The owner was ordered to clean up the polluted river within three days,” he said. He added that officers also took water samples to determine if the red ink was dangerous. On Sunday, villagers in Kampung Alor Merah and Taman Seri Pinang nearby were shocked after seeing the river water turning red. The alarm was immediately raised as after in the river was used to irrigate padi fields in the area.

- THE STAR ONLINE (16 January 2018) - 

eb6e32e010d30f63a4c33e3feaa4f28e

 


 

Pulau Pinang Dilanda Banjir

 


 

Lebih 50 kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat sejak pukul 11 malam tadi sehingga kini menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Sebanyak 15 kawasan di bahagian pulau negeri ini dinaiki air manakala selebihnya membabitkan lokasi di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU), dengan paras air antara 0.1 meter hingga 0.4 meter.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Agama Nahdatul Islah di Kubang Semang yang menempatkan lima orang daripada sebuah keluarga.

"Keluarga itu dipindahkan ke pusat berkenaan kira-kira 8 pagi ini selepas rumah mereka di Kubang Semang dinaiki air hingga paras 0.5 meter. Setakat ini, pihak polis bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam sedang membuat pemantauan di kawasan dinaiki air," katanya di George Town hari ini.

Beliau berkata antara kawasan yang dinaiki air di daerah SPT ialah Taman Mutiara, Kampung Padang Lalang, Kampung Permatang Rawa, Jalan Tembikia, Taman Makok, Taman Cantek, Taman Siakap, Taman Usaha, Taman Amra dan Jalan Bagan Lalang.

Nik Ros Azhan berkata puluhan rumah di kawasan yang terlibat turut dimasuki air namun masih di peringkat berjaga-jaga dan jika hujan berterusan kemungkinan penduduk yang terlibat akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Katanya selain itu, susur keluar ke Permatang Pauh di Lebuh Raya Utara Selatan turut ditutup kepada lalu lintas kerana air naik hingga 0.5 meter dan berbahaya kepada pengguna jalan raya dan ia turut menyebabkan kesesakan teruk dari Sungai Dua ke Perai.

917c72e26cfd4da52aa5154f3bd96841

 

 

Seorang penduduk di Permatang Rawa, Mohd Razak Ahmad Awang, 46, berkata sejak semalam beliau, isteri dan tiga anaknya tidak tidur kerana bimbang rumah dimasuki air selepas hujan lebat sejak pukul 11 malam di kawasan itu.

"Rumah kami mula dimasuki air banjir sejak pukul 3 pagi ini dan kira-kira 15 buah rumah di sini turut dimasuki air, nasib baik air masih di paras betis sahaja.Tapi saya dah bersedia untuk dipindahkan jika banjir semakin buruk," katanya kepada Bernama.

Bagi kawasan SPU, antara tempat yang dinaiki air banjir ialah Mak Mandin, Jalan Raja Uda, Butterworth, Taman Sungai Rambai, Taman Bunga Raya dan Taman Senangin, namun tiada mangsa yang dipindahkan.
Sementara itu, di bahagian pulau sekurang-kurang 15 kawasan dinaiki air membabitkan daerah Timur Laut antaranya Kampung Makam, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Lebuh Cecil, Jalan Sungai Ujong, Jalan Magazine dan Lebuh Cintra. Kawasan yang terjejas di daerah Barat Daya pula ialah Teluk Kumbar, Sungai Batu dan Sungai Ara.

Jalan P.Ramlee yang merupakan kawasan paling kerap dilanda banjir kilat di Pulau Pinang turut ditutup kepada lalu lintas selepas air banjir mencecah 0.5m, namun setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan. 

- Bernama

 

 

WhatsApp Image 2017 12 27 at 7.40.01 PM

 


 

Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 


 Pulau Pinang, 26 dan 27 Disember 2017. Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Datuk Ir Dr Hj Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar ke Negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar YBhg Dato' Hj Suhaimi Bin Hj Mamat diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia YBhg Dato' Ir Hj Md Nasir Bin Md Noh.

 

WhatsApp Image 2017 12 27 at 7.40.02 PM

 

Ketibaan rombongan disambut oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang En Mohd Azmin Bin Hussin. Sewaktu lawatan ini, YB Menteri telah diberi taklimat oleh JPS Pulau Pinang berkenaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam Daerah Barat Daya. Rombongan YB Menteri juga turut dibawa melawat ke tapak cadangan projek RTB tersebut.

 

WhatsApp Image 2017 12 28 at 8.01.54 AM

 

 

 

WhatsApp Image 2017 12 20 at 6.18.04 PM

 


 

Sekalung Tahniah Dari Kami Semua

 


 

 

Tahniah diucapkan kepada YBhg Dato' Ir. Dr. Hj. Md Nasir Bin Md Noh diatas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran berkuatkuasa 19 Disember 2017 dari seluruh wargakerja JPS Pulau Pinang. Selamat bertugas.

 

 

 

 

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393374
Bulan Ini: 2,315
Jumlah Pelawat: 393,374

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image