faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

 

26 September 2024 (Khamis) | Selama 2 hari telah berlangsungnya Sesi Kunjungan Hormat Delagasi dari Negeri Pulau Pinang pada 26 September 2024 sehingga 27 September 2024 di bawah pimpinan YB Dato Seri Sundarajoo a/l Somu EXCO Perumahan dan Alam Sekitar ke Negeri Selangor yang diwakili oleh YB Puan Jamaliah Jamaludin EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar serta beberapa agensi di bawah porfolio beliau. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri Bin Yasmin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Tuan Norazizi bin Adinan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan Penang Green Council (PGC).

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mempelajari dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Zero Discharge Policy (ZDP). Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah membentangkan inisiatif untuk memperkenalkan dan melaksanakan Dasar Pelepasan Sifar (ZDP) yang memfokuskan kepada pengurusan dan kawal selia kuantiti dan kualiti sumber air daripada punca persekitaran. Selain itu, lawatan ke Kilang Top Glove Selangor juga diadakan bagi melihat Takat Pelepasan Akhir dari Sistem rawatan efluen industri yang memainkan peranan kritikal dalam memastikan pematuhan kepada piawaian alam sekitar dan kelestarian operasi industri.

Pada hari terakhir delagasi Pulau Pinang dibawa melawat ke PJ Eco Recycling Plaza milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dimana pusat kitar semula ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara yang dilihat memberikan impak yang sangat besar khususnya melibatkan kesedaran awam terhadap pentingnya pengasingan sisa dipunca dan program kitar semula.

 

 461480983 913337784161074 6140703427728530349 n  461704363 913338290827690 7864063344464835179 n  461585012 913338287494357 5560365361218633194 n  

 

22 SEPTEMBER 2024 (AHAD) | Tahniah diucapkan kepada pasukan Journey To Success (JTS) dari JPS DTL kerana mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Innovatif dan Kreatif (HBKIK) JPS Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal (BPME) atas Pemenang Saguhati bagi Anugerah Terbaik Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) JPS Malaysia.

Semoga menjadi pembakar semangat bagi membentuk idea innovatif dan kreatif pada masa hadapan.

 460989756 908601424634710 6624304093632146679 n  460991566 908601564634696 6876339156615025699 n 461265631 908601471301372 592992203781729243 n 

 

16 September 2024 (Isnin) | Bertempat di Padang Kota telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Pulau Pinang dengan Seramai 30 peserta dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Mohd Fadhil bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan (Pengairan) serta turut hadir Tuan Ahmad Kamil bin Jamaludin, Timbalan Pengarah (Pembangunan 1).

Bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”, sambutan Maulidur Rasul telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Sri Pinang.

 

 460016884 902970645197788 3312101558648404200 n  460027298 902970981864421 5552434853366369591 n 460050099 902970998531086 7035136886111405649 n  460051179 902969368531249 4623580450512071782 n 

 

13 September 2024 (Jumaat) | KUNJUNGAN KE MALAYSIA AGRICULTURE, HORTICULTURE AND AGROTOURISM INTERNATIONAL SHOW (MAHA) 2024

YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPSPP telah melawat ke Pavilion Negeri Pulau Pinang di MAEPS, Serdang sempena Pameran Malaysia Agriculture, Horticulture And Agrotourism International Show (MAHA) 2024.

 

 459246350 900637492097770 121627746065866899 n 459413640 900637488764437 995978700962285540 n 

 

10 SEPTEMBER 2024 | Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan bertempat di Gopeng Glamping Park, Perak Darul Ridzuan. Objektif pelaksanaan kursus pengukuhan ini adalah untuk membina jaringan komunikasi yang lebih baik serta merapatkan hubungan antara warga kerja di Ibu Pejabat JPSPP dan Pejabat Jurutera JPS Daerah. Program dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu dan aktiviti di dalam kumpulan yang telah disampaikan oleh Puan Nurhaniza binti Hashim selaku Pegawai Psikologi daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara . Turut serta bersama bagi memeriahkan lagi kursus ini ialah YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin selaku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang.

 

 459099252 899124782249041 8014364540862053831 n  459135152 899121308916055 2327379140093941397 n 459162526 899121102249409 6954505293898943470 n  459297638 899121142249405 7989435010007325279 n 

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393374
Bulan Ini: 2,315
Jumlah Pelawat: 393,374

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image