faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

 

30 JULAI 2024 (SELASA) | Bertempat di Kolam Takungan S18, Georgetown telah diadakan kursus latihan yang disampaikan oleh Encik Mahadzir bin Magribi Penolong Penguasa Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai. Turut hadir Encik Mohd Na'im bin Sulaiman selaku Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut.

 

453254556 871063095055210 2186542177936302526 n 453499972 871063068388546 2770158795070245546 n  453501082 871063088388544 7911344866193850912 n 

 

13/08/2024 - SELASA | Bertempat di Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang @ Seri Mutiara satu taklimat Projek Pengindahan Sungai Air Terjun telah diadakan. Satu gimik pelancaran melepaskan anak ikan ke dalam sungai bersama YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP).
 
Turut hadir bersama Ketua Bahagian Sungai dan Pantai, Puan Nur Syuhada binti Ahmad, Jurutera Daerah Timur Laut, Encik Mohd Na'im bin Sulaiman, Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah, Ir. Ts. Rozdhi bin Abdullah dan wakil dari JPSPP bagi menjayakan program tersebut.
 
454940685 880416664119853 6612516783969110477 n  454941190 880415970786589 8033443665917764161 n  455255244 880416274119892 4727241859278399616 n

 

22 OGOS 2024 (KHAMIS) | Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) Tahun 2023 JPSPP telah diadakan dengan jayanya di Raia Inn Penang. Majlis ini meraikan seramai 76 orang penerima dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh kakitangan JPSPP sepanjang tahun 2023.
 
Ahli kumpulan Journey To Success (JTS) menerusi inovasi Auto Alert Water Level (aWLA 2.0) yang telah dipertandingkan dalam pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) JPS Malaysia Tahun 2024 diraikan dan diberi penghargaan atas komitmen mereka sepanjang pertandingan berlansung.
 
Turut diadakan sekali Majlis Perpisahan dan Sanjungan Budi kepada mantan Jurutera Daerah Barat Daya, Encik Mohamed Rizal bin Salim dan Ketua Bahagian Sumber Air dan Hidrologi, Ir. Ts. Mohd Suhairi bin Ramli.
 
Taniah diucapakan kepada semua penerima Anugerah APT Tahun 2023 dan selamat maju jaya.
 
456544924 886460583515461 1912712635750336948 n 456547979 886460680182118 1462997797111892487 n  456693158 886460513515468 3378170336955109193 n 

 

28 OGOS 2024 (RABU) | Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang menerusi Bahagian Pengairan dan Saliran (BPS) telah mengadakan Taklimat Buku Panduan Pemeriksaan Pelan Kawalan Hakisan Kelodak (ESCP) yang telah disampaikan oleh Ir. Azmi bin Amat daripada Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) JPS Malaysia manakala Kaedah Pemeriksaan Tapak Serta Penyediaan Laporan telah disampaikan oleh Encik Ammar Akmal bin Azizi juga daripada Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA) JPS Malaysia. Kedua-dua taklimat tersebut diadakan di Dewan Al-Jazari, Pejabat Jurutera JPS Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan telah dihadiri oleh wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS) serta para pegawai JPSPP daripada lain-lain Bahagian.

 

 457148246 889976619830524 8521212633716384986 n  457325665 889976636497189 73950027055917476 n  457193837 889975903163929 4162270015763465465 n

 

31 OGOS 2024 (SABTU) | Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada 55 orang kakitangan dan diketuai oleh Encik Mohd Na'im bin Sulaiman selaku Jurutera JPS Daerah Timur Laut telah menyertai perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Turut hadir memberikan tabik hormat kepada kontinjen JPS Pulau Pinang ialah YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin selaku Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri bersama isteri Datin Ir. Hajah Noruati binti Nordin.

 

 457791711 894586826036170 6816970637684612526 n  458139815 894586819369504 4848928756277349537 n 458214137 894586956036157 1402614517729286162 n   

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393375
Bulan Ini: 2,316
Jumlah Pelawat: 393,375

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image