HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JPS PULAU PINANG
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JPS PULAU PINANG 2019
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada 8 Ogos 2019. Telah diadakan Hari Inovasi Dan Kecemerlangan JPS Pulau Pinang Tahun 2019 bertempat di Dewan Seameo Recsam, Gelugor, Pulau Pinang .
Hari Inovasi Dan Kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Turut sama-sama menghadiri adalah Pengarah Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, pegawai-pegawai kanan dan hampir 200 kakitangan JPS Pulau Pinang.
Antara pengisian Hari Inovasi dan Kecemerlangan ini adalah Ucapan dari Pengarah Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang, ucapan perasmian daripada YB EXCO, pembentangan inovasi dari Kumpulan KIK JPS Seberang Perai Utara, pameran produk inovasi dari Pejabat JPS Daerah-Daerah Pulau Pinang selain pameran Booth dari jemputan/syarikat luar.
Selain itu, Anugerah Kecemerlangan meliputi 12 kategori Anugerah yang dipertandingkan turut disampaikan pada hari ini yang berkenaan termasuk Anugerah Booth Inovasi terbaik.