Lawatan Dan Taklimat Bersama YB Zairil Khir Johari, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang Ke Ibu Pejabat JPS Pulau Pinang
Pada 25 Mei 2018, telah diadakan Lawatan dan Perjumpaan kali pertama oleh YB Tuan Zairil Khir Johari, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang ke Pejabat JPS Pulau Pinang di Tingkat 55 Bangunan KOMTAR. Perjumpaan dihadiri oleh Pengarah Pengairan dan Saliran, Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah dan Jurutera-Jurutera Daerah JPS Negeri Pulau Pinang.
Sesi taklimat telah disampaikan kepada YB Exco berkenaan bidang tugas dan tanggungjawab Jabatan serta projek-projek utama yang sedang dirancang/laksanakan. Selain daripada itu, beberapa isu dan permasalahan turut di bangkitkan dan dibincangkan bersama-sama YB Exco.
Lawatan Kerja Ybhg. Dato Sri Azizan Bin Ahmad Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar ke Negeri Pulau Pinang
Pada 20 April 2018, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Ybhg. Dato Sri Azizan Bin Ahmad Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar ke Negeri Pulau Pinang bagi memantau pelaksanaan cadangan projek-projek pembangunan di Negeri Pulau Pinang. Sesi taklimat berkenaan projek telah diadakan di Pejabat Jurutera Daerah, Daerah Barat Daya oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Hussin dan Jurutera Daerah Barat Daya, En Hashim Bin Abdullah disusuli dengan lawatan ke cadangan tapak projek pembangunan.
| Penafian | Polisi Keselamatan & Privasi| Notis Hakcipta| Peta Laman| W3C |Terma Penggunaan | Hakcipta©2017 Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang. Hakcipta Terpelihara. |