Malay Chinese (Simplified) English

green blue red black

  Pilihan Warna:
A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

Bahagian Sumber Air Dan Hidrologi

PENGENALAN BAHAGIAN :

Aktiviti hidrologikal di Malaysia bermula pada akhir kurun ke-19. Stesen taburan hujan yang pertama dibina di Semenanjung Malaysia pada tahun 1878 di Klinik Tanglin Kuala Lumpur (dikenali dulu sebagai Tanglin Hospital). Dari 1879 ke 1900, gauge taburan hujan manual dipasang di 19 hospital di semenanjung untuk kajian kesihatan awam. Dengan penubuhan Jabatan Pengairan dan Saliran (dahulunya Jabatan Parit dan Taliair) pada tahun 1932, rangkaian stesen taburan hujan meningkat secara mendadak pada awal kurun ke 1900 kerana ia membantu pembangunan sumber air dan pertanian. Berikutan kejadian banjir pada tahun 1971, bahagian hidrologi telah ditubuhkan dalam JPS pada tahun 1972. Rangkaian Hidrologikal Kebangsaan telah disusun semula untuk memenuhi piawaian antarabangsa. Menjelang 1985, kekerapan pembinaan stesen taburan hujan oleh JPS memenuhi syarat World Metereological Organization. Pada tahun 1995, Cawangan Hidrologi telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Hidrologi berikutan perkembangan aktivitinya dalam operasi dan aplikasi hidrologi.Dengan pencapaian ini, aktiviti hidrologikal diteruskan dengan cara yang lebih saintifik dalam lapangan pengoperasian, aplikasi dan sanitifik hidrologi. Pada hari ini, aktiviti hidrologikal telah dikenali sebagai salah satu fungsi utama ke arah perancangan sumber air yang berterusan, pembangunan dan pengurusan.

Terkini, BSAH JPS Pulau Pinang menguruskan rangkaian 67 Stesen Hidrologikal (termasuk 23 stesen Nasional) yang aktif untuk pengumpulan data hidrologikal serta mengawasi kemarau dan banjir.

OBJEKTIF BAHAGIAN :

Bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan luaran dan dalaman ke arah mencapai perancangan berkualiti.

JPS Malaysia/JPS Pulau Pinang bertanggungjawab mencapai objektif kualiti dengan memastikan pengurusan data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Nasional sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk pembangunan Negara yang mapan dengan iltizam berikut :

  • Memungut semua jenis data Hidrologi daripada semua rangkaian stesen Hidrologi Nasional dengan tahap prestasi data bagi setiap stesen tidak kurang 95% dan mengemukankannya ke Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemungutan data bagi stesen bukan pendalaman dan stesen pendalaman.
  • Menyebar data Hidrologi menurut spesifikasi dan jadual seperti yang ditetapkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
  • Mengurangkan aduan pelanggan ke tahap tidak melebihi 10% setahun dari jumlah keseluruhan.
  • Menyediakan laporan banjir semasa dalam tempoh 24 jam.
  • Menyediakan laporan pemantauan kemarau setiap 2 minggu pada musim kemarau atau setiap 1 bulan pada musim biasa.
  • Memastikan kumpulan sokongan menghadiri kursus yang berkaitan Hidrologi sekurang-kurangnya sekali setahun.