Malay Chinese (Simplified) English

green blue red black

  Pilihan Warna:
A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

Perutusan Pengarah

 

 MG 9885

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa melayari Laman Web Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang. Laman web ini merupakan salah satu media untuk memberi maklumat serta penghubung kepada rakyat Negeri Pulau Pinang akan fungsi dan peranan Jabatan ini. Selain daripada itu, para pengunjung yang melayari laman web ini juga akan dapat mengetahui maklumat berkaitan Jabatan ini seperti profil, fungsi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan selain pencapaian yang telah diperolehi. .

Pada tahun 2018 ini, saya sebagai Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang, bersama-sama seluruh warga kerja JPSPP, mengulangi ikrar untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik kearah mencapai Visi “Menjadi organisasi sektor awam antara yang unggul di dunia” melalui Misi “Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar”. Menyingkap kembali pencapaian pada tahun 2017, JPS telah Berjaya mencatat prestasi pembangunan negeri sebanyak 97.94 % manakala bagi pembangunan persekutuan pula, JPS Pulau Pinang telah mencapai 99.98% .

Pada tahun 2017 juga, JPS dan warganya telah Berjaya menerima beberapa anugerah di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Di antara anugerah tersebut adalah :

  1. Pencapaian 5 Bintang bagi Pelan Tindakan Inovasi Tahun 2017 JPS Malaysia
  2. Tempat Ke-2 bagi Pertandingan KIK Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 yang dimenangi oleh JPS Daerah Seberang Perai Selatan
  3. Tempat Ke-2 bagi Pertandingan Innovation Blast Negeri Pulau Pinang Tahun 2017 yang dimenangi oleh Pn Zarina Binti Mustapa

Dengan pencapaian yang telah diperolehi sehingga tahun 2017, Jabatan ini komited untuk terus maju pada tahun 2018 agar Visi dan Misi JPS Pulau Pinang.

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya supaya laman web ini boleh dimanfaatkan oleh semua warga JPS dan rakyat Pulau Pinang. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada para pengunjung laman web ini.

Sekian, terima kasih.

Mohd Azmin Bin Hussin

Pengarah Pegairan Dan Saliran Negeri (PPSN)