English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Latar Belakang Penubuhan JPS

"Adalah menjadi keperluan yang amat penting untuk kemudahan pengairan - membuka kawasan baru untuk industri padi semakin berkembang – yang memberi dorongan untuk penubuhan Department of Irrigation and Drainage (Jabatan Parit dan Tali Air) atau DID (JPT) sebagaimana yang dikenali ramai."

Sebelum pembentukan JPT pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. Ekoran kemerosotan industri timah dan getah pada lewat tahun dua puluhan dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman Padi pada tahun 1930 untuk menentukan "langkah terbaik yang perlu diambil bagi menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu".

Jawatankuasa ini telah membuat kajian yang menyeluruh dan menerbitkan laporannya pada tahun 1931. Salah satu saranan utamanya adalah "sebuah Jabatan Parit dan Tali Air hendaklah ditubuhkan untuk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, yang akan menyerapkan Cawangan Hidraulik Jabatan Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu". Saranan ini telah diterima sebagai sebuah jabatan yang berasingan pada 1 Januari 1932.

Dalam masa 10 tahun pertama kewujudan Jabatan ini sehingga pendudukan Jepun, 20,000 hektar tanah padi baru telah dimajukan dan dibangunkan, kemudahan pengairan dan saliran telah disediakan untuk lebih kurang 50,000 hektar tanah padi yang sedia ada. Jabatan telah mengambil alih kerja-kerja penyenggaraan saliran bagi 40,000 hektar tanah estet dan pekebun kecil di Selangor dan Perak.

Pembinaan semula kerja-kerja ini dan penyambungannya telah menaikkan jumlah kawasan kepada kira-kira 80,000 hektar pada tahun 1942. Semasa pendudukan Jepun, sedikit atau tiada langsung pembangunan baru selain penyiapan beberapa struktur yang separuh siap apabila perang berlaku. Di kawasan-kawasan saliran, pengabaian mengakibatkan parit penuh dengan kelodak dan semak, dan dalam keadaan tertentu hampir-hampir tertimbus sepenuhnya.

Sewaktu penjajahan semula Tanah Melayu pada tahun 1945, penekanan telah diberikan terhadap pemulihan kerja-kerja pengairan. Dasar Kerajaan telah dibentuk untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap bekalan makanan import, dengan penekanan ke arah mampu diri beras, dan semua usaha telah dibuat bagi meningkatkan pengeluaran padi tempatan. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, penekanan yang lebih besar diberikan terhadap peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan rakyat miskin luar bandar.

Dengan objektif ini, rancangan pengairan dan perparitan telah dirumus untuk menyediakan kemudahan pengairan yang mencukupi bagi membolehkan penanaman padi dua kali setahun, dan kemudahan saliran supaya pengeluaran tanaman pokok diperbaiki terutamanya di kebun kecil.

Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Parit dan Tali Air Negeri tambahan telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dan ini menambah bilangan Jabatan-jabatan Negeri kepada tiga belas dengan Ibu Pejabat Persekutuan dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal parit dan tali air keseluruhan negara ini. Peningkatan yang besar dalam pembangunan selepas tahun 1957 dibayangkan dengan kawasan yang disediakan dengan kemudahan pengairan yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar dengan kemudahan penanaman dua kali setahun) menjelang akhir tahun 1981. Kawasan yang disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh yang sama.

Tiga fungsi utama JPT, iaitu pengairan, saliran pertanian dan pemeliharaan sungai telah dilaksanakan selama empat dekad tanpa sebarang perubahan sehinggalah pada tahun 1971 berikutan banjir yang banyak merosakkan harta benda di seluruh negara pada bulan Disember 1971. Berikutan ini, pencegahan banjir dan hidrologi telah disenaraikan sebagai fungsi tambahan Jabatan. Dengan demikian, sejak 1972, pencegahan banjir menjadi salah satu tanggungjawab utama JPT dan dengan ini terbentuklah Bahagian Hidrologi.

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply