Pengurusan Sumber Air
1. |
Pembangunan, O&M bagi jaringan hidrologi Untuk membangunkan, mengeluarkan dan menguji peralatan atau sistem hidrologi untuk disesuaikan dengan keadaan tempatan. Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam bidang peralatan hidrologi. Menggunakan peralatan dalam skim pengairan dan saliran utama. Menyediakan latihan tetap tentang penyelenggaraan peralatan hidrologi dan kelengkapan telemetrik. |
2. |
Mengumpul, memproses, mengarkibkan dan menyebarkan data serta maklumat hidrologi Menyelaras aktiviti hidrologi yang dijalankan di negeri-negeri yang bertanggungjawab terhadap operasi dan penyelenggaraan stesen dan pengumpulan data lapangan. CMengumpul, memproses, menyimpan dan mendapatkan balik data hidrologi untuk perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air. Menerbitkan data hidrologi secara berkala untuk pengguna. Menyertai aktiviti serantau dan sejagat WMO yang berkaitan dengan hidrologi operasi. |
3. |
Analisis data hidrologi Bekerjasama dengan Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP - International Hydrological Programme) untuk kemajuan penyelidikan dan teknologi hidrologi dan sumber air untuk manfaat negara. Menjalankan penyelidikan hidrologi untuk memahami proses dan ciri-ciri hidrologi yang khusus. Menjalankan penilaian sumber air yang asas dan berterusan. |
4. |
Ramalan dan amaran banjir Penilaian sumber air dan pemantauan kemarau. Untuk membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir untuk lembangan sungai utama. Memantau dan menilai kemarau di lembangan sungai utama. Memberi khidmat nasihat tentang penggunaan hidrologi. Mengkaji semula, membangunkan, mengemas kini dan menyebarkan tatacara hidrologi kepada pengguna akhir. Menyertai aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan bencana banjir di bawah naungan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti ESCAP, WMO, Jawatankuasa Taufan dan IDNDR. |
Kami menyediakan data hidrologi seperti curahan hujan, aras air, mendapan dan data kualiti air. |