Malay Chinese (Simplified) English

green blue red black

  Pilihan Warna:
A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

Soalan-Soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim

 

  • Adakah JPS bertanggungjawab terhadap masalah air paip? +

    JPS tidak bertanggungjawab terhadap bekalan air domestik atau industri anda kerana JPS hanya bertanggungjawab terhadap bekalan air pengairan untuk petani/peladang. Sila hubungi pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Air Negeri, Jabatan Kerja Raya atau syarikat air / lembaga air yang sesuai yang bertanggungjawab terhadap bekalan air di kawasan anda.
  • Kepada siapakah saya mengadu tentang masalah-masalah pencemaran sungai? +

    Kami menghargai maklumat tentang sebab-sebab dan juga punca pencemaran sungai. JPS bukan pihak berkuasa penguatkuasaan bagi kawalan pencemaran, kami biasanya akan merujuk perkara penguatkuasaan kepada Jabatan Alam Sekitar.
  • Di manakah saya boleh mendapatkan data tentang curahan hujan dan aliran sungai? +

    Maklumat ini diterbitkan setiap tahun oleh Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran yang terletak di Cawangan Ibu Pejabat di Jalan Ampang (Tel: 03-4256 2657). Bahagian Hidrologi kini sedang membangunkan suatu sistem pangkalan data yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Hidrografi (HIS - Hydrologic Information System) yang berupaya untuk membekalkan maklumat dalam talian. JPS juga mengumpul beberapa maklumat tentang kualiti air terutamanya tentang beban endapan. Untuk butir-butir lanjut, http://h2o.water.gov.my/
  • Kepada siapakah saya mengadu tentang sampah yang menyumbat parit? +

    Sila rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan parit-parit ini.
  • Bagaimanakah saya boleh meminta jambatan pejalan kaki? +

    JPS sering menerima permintaan untuk membina jambatan pejalan kaki atau jambatan lalu lintas ringan untuk kemudahan penduduk tempatan. Sila tulis surat kepada PRO JPS pejabat negeri yang berkaitan. Apabila menulis kepada PRO sila sertakan nombor telefon anda juga.
  • Kepada siapakah harus saya mengadu untuk masalah saliran tempatan atau banjir kilat? +

    JPS dan juga pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab yang berkenaan terhadap saliran. Secara umum pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab terhadap pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran tempatan yang sebahagian besarnya merupakan saliran utama dan saliran sekunder. JPS bertanggungjawab terhadap sungai yang mungkin mengalir di dalam dan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan. Banjir yang disebabkan oleh parit dan pembetung yang tersumbat jatuh di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Banjir yang disebabkan oleh limpahan parit dan sungai akibat keupayaan yang tidak mencukupi biasanya merupakan tanggungjawab JPS. Sekiranya ragu-ragu sila hubungi PRO pejabat JPS yang terdekat. JPS mempunyai pejabat PRO di setiap negeri.
  • Kepada siapakah saya melaporkan tentang setinggan yang menduduki rizab sungai? +

    Jika anda nampak setinggan mula menduduki rizab sungai, lalu menyebabkan pengotoran dan pencemaran sungai, anda boleh menghubungi JPS dengan segera. JPS akan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan untuk memindahkan setinggan secepat mungkin.
  • Bolehkah sesiapa memohon untuk menggunakan tanah yang ditetapkan sebagai "Rizab Sungai"? +

    Secara umumnya JPS tidak menggalakkan permohonan untuk menggunakan rizab sungai kita kerana kami perlu memasukinya pada bila-bila masa untuk kerja pembaikan kecemasan dan juga untuk penyelenggaraan sungai. Walau bagaimanapun, kami mungkin mempertimbangkan permohonan tertentu berdasarkan kes demi kes.
  • Bagaimanakah cara untuk menghubungi JPS sekiranya sekiranya saya ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan? +

    JPS careline : 1-300-80-1010 Laman web : www.water.gov.my Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 1