English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Pengurusan Pantai

Latar Belakang

Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam penduduk pantai serta mengakibatkan kerugian sepanjang garis pantai, Kerajaan telah menjalankan Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulan Januari 1986 dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Pantai dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pantai di seluruh negara.

Garis pantai Malaysia adalah berubah-ubah daripada teluk berpemandangan indah yang diapit oleh tanjung tinggi berbatu sehinggalah tanah pamah lumpur cetek yang menyempadani hutan bakau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, hasil enapan yang tinggi daripada luahan sungai dan persekitaran ombak yang lebih kuat mewujudkan teluk berpasir berbentuk cangkuk. Sementara itu, di pantai barat, persekitaran ombak Selat Melaka yang sederhana membentuk pantai lumpur yang luas dan hutan pantai yang kaya dengan biodiversiti. Bentuk-bentuk yang serupa mencirikan pantai-pantai di Sarawak dan Sabah walaupun terdapat kawasan berpasir tertentu yang sangat rata. Bahan-bahan pantai termasuklah campuran pasir, kelodak, malah kulit kerang dengan tompokan kerikil dan singkapan batuan di sana sini. 

Aktiviti Pembaikan Muara Sungai

Terdapat lebih daripada 150 muara di Malaysia dan kebanyakannya menghadapi masalah pengelodakan, yang mengurangkan kedalaman air untuk lalu lintas perikanan dan memberi kesan negatif kepada pembangunan industri perikanan. Kerajaan telah menjalankan Kajian Muara Kebangsaan pada tahun 1994 dan hasil kajian menunjukkan 35 muara menghadapi pengelodakan yang kritikal. Pelan induk yang dibentuk menyarankan supaya kerja pembaikan dijalankan dalam masa 10 tahun dan melibatkan kos berjumlah RM 330 juta. Berdasarkan pelan induk, program pembaikan muara sungai diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh untuk melaksanakan pengorekan dan pembinaan struktur pembaikan.


Aktiviti Pengurusan Zon Pantai

Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan telah disiapkan pada tahun 1986 dan hasil kajian mendedahkan bahawa daripada sejumlah 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami masalah hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Teknikal Kejuruteraan Pantai di dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pantai bagi seluruh negara. Rancangan ini melibatkan dua strategi, iaitu strategi jangka panjang dan juga jangka pendek. Strategi jangka pendek melibatkan pembinaan projek kawalan hakisan manakala strategi jangka panjang melibatkan penambahbaikan pengurusan zon pantai dengan cara yang bersepadu supaya kejadian hakisan pantai tidak akan bertambah. 

Kajian Indeks Kerentanan Pantai Kebangsaan (dengan kenaikan aras laut)  

Indeks Kerentanan Pantai Kebangsaan (NCVI)   

Kajian Indeks Kerentanan Pantai Kebangsaan (National Coastal Vulnerability Index - NCVI) diperlukan untuk mengenal pasti kawasan pantai yang terdedah disebabkan oleh kesan kenaikan aras laut. Hasil kajian akan digunakan untuk menyediakan Indeks Kerentanan Pantai dengan aras dedahan zon pantai bagi mengelakkan pembangunan di kawasan ini. Pada masa yang sama ia akan menjadi asas untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang disebabkan oleh kenaikan aras laut.  Indeks ini akan menyediakan penunjuk tentang bagaimana rentannya garis pantai kepada kesan kenaikan aras laut yang mendadak. Kerentanan terhadap kesan ini merangkumi faktor-faktor biogeofizikal, ekonomi, dan keinstitusian dan sosiobudaya.    

Pembangunan NCVI yang menyeluruh akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.    Fasa pertama kajian NCVI telah siap pada bulan Disember 2007. Ia meliputi dua (2) tapak rintis yakni Tg. Piai, Johor di Selatan, dan Pulau Langkawi, Kedah di utara.

Berdasarkan rekod pasang surut 20 tahun di dua tapak rintis ini, kadar kenaikan aras laut tempatan atau relatif di kedua-dua tapak ini boleh dianggap lebih kecil daripada kadar purata sejagat-rendah sebanyak 2 – 3 mm/tahun (iaitu SLR di Tg. Piai = 0.2 – 1.3 mm/thn; SLR di Langkawi = 0.5 – 1.0 mm/thn).  

Kenaikan aras banjir di kedua-dua tapak untuk senario SLR tempatan adalah tidak terlalu tinggi.

CAPAIAN PANTAS

  • Awam
  • Kerajaan
  • Bisnes
  • Warga JPSPP

alliance ICT dan ICS      3d folder open e-SPEKS          client userSPPN       3d groupePL

 3d group HRMIS            

3d fileInfo Portal       taskSMATRAK        book blue   i-Diari        3d groupHRMIS      taskMyMesyuarat 

alliance2OTAS             focus group   e-Plan(BRE)     multimple solutionsIdea Sentral  3d groupSISWA filter dataMyGovUC  

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply