faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Program Kayuhan Amal 2.0 Tahun 2024 anjuran Kelab Rakan Prihatin Pulau Pinang dengan kerjasama Yayasan Amal TYT Pulau Pinang dan JPS PP telah berlangsung dari Pusat Kecemerlangan JPS SPU yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama YB. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang diiringi oleh Ir. Haji Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang serta dif-dif kehormat jemputan yang lain.
Sepanjang laluan program 25 km ini telah bermula kayuhan di Pusat Kecemerlangan JPS SPU sehingga Check Point 1 di Dewan Unit Nelayan Kuala Muda, Penaga sebelum mengakhiri di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Penaga.
Warga JPS Pulau Pinang berterima kasih dan berbesar hati bersama dalam program ini. Diharapkan program seperti ini diadakan lagi bagi mengeratkan komuniti-komuniti penduduk setempat bersama Agensi/Jabatan Kerajaan dibawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

Picture3 Picture4
Picture5 Picture6

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 23 October 2024.
0393398
This Month: 2,339
Total: 393,398

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image