LAWATAN KERJA YB. TIMBALAN MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR SERTA PENYERAHAN RUMAH PAM DAN JAMBATAN JKR, PROJEK TEBATAN BANJIR TELUK KUMBAR, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG.
Pada 12 Februari 2022, YB Dato’ Mansor Bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar Air telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir Teluk Kumbar yang telah siap pada 10 Disember 2021. Lawatan tersebut yang diiringi oleh Ir. Zainuddin Bin Yusoff, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang, turut dihadiri oleh Ir. Rozman Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, dan Ir. Rosazlan Bin Abu Seman, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal dari JPS Malaysia, Dato’ Azman bin Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan YB Azrul Mahathir Bin Aziz, ADUN Bayan Lepas. Pada lawatan ini juga diadakan Majlis Penyerahan Rumah Pam dan Juga Jambatan JKR masing-masing kepada Jurutera Daerah, JPS Barat Daya dan Jurutera Daerah, JKR Barat Daya. Projek ini merupakan salah satu projek tebatan banjir yang dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan Jabatan Pengairan dan Saliran selaku agensi pelaksana. Perancangan projek bermula pada tahun 2013 berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rekabentuk rumah pam telah disiapkan pada 2017 oleh perunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui JPS Pulau Pinang. Kerja fizikal dimulakan pada 17 Jun 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Disember 2021 dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Skop Utama Projek 1. Pembinaan Rumah Pam dengan Kapasiti Pam 9.0 m3/s (3 x 3.0m3 /s) berserta Pintu Kawalan Air Pasang Surut; 2. Pembinaan Bangunan Pencawang TNB, Bilik Operasi dan Laluan Keluar Masuk; 3. Tembok penahan L-unit berukuran 3.66m tinggi x 3.52m lebar sepanjang kiri dan kanan muara sungai beserta pagar Anti Climb; dan 4. Menaiktaraf Jambatan Jalan Gertak Sanggul (skop tambahan)
|