faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

 

Naik taraf 2

 


 

Naik Taraf Saliran Parit Atasi Banjir

 


Teks & Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS

GEORGE TOWN Sebagai inisiatif mengatasi kejadian banjir kilat di sebahagian Lebuh  McNair, Jalan Magazine hingga Lebuh Tye Sin, kerja menaik taraf saliran parit-parit berkaitan dijangka bermula pada April 2018. Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, kerja- kerja naik taraf yang dijangka siap pada Oktober 2018 adalah termasuk melebarkan keluasan parit sedia ada yang kini hanya bersaiz 0.3 meter. “Parit di kawasan sekitar ini adalah bersaiz kecil iaitu 0.3 meter sahaja, dan ia  menjadi  antara faktor air cepat bertakung dan mengambil masa yang agak lama untuk surut. “Komponen lain bagi kerja-kerja menaik taraf adalah termasuk menggantikan pembentung kotak ( box culvert ) berukuran 0.9 meter lebar; kemudahan laluan untuk pejalan kaki serta perabot jalan seperti bebendul jalan ( kerb ) , pracampuran ( premix ) dan garisan jalan,” katanya pada sidang media di salah sebuah lokasi di sini baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang,  Wong Yue Harng. Mengulas lanjut, Wei Aik memberitahu, dianggarkan projek berkaitan bakal melibatkan kos berjumlah RM400,000 dengan mengambil  kira Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6 peratus yang terpaksa dibiayai MBPP. Sementara itu, Keng Ee menyatakan bahawa pihaknya akan berkerjasama dengan MBPP bagi memantau pokok-pokok yang menjalar besar di kawasan ini. “Tujuannya adalah bagi mengelakkan pokok-pokok ini daripada tumbang sehingga membahayakan para pengguna jalan raya terutamanya pejalan kaki. “(Dan) hari ini, sebanyak 25 batang  pokok  jenis Takoma dan Bushida telah  ditanam  di sekitar kawasan ini,” jelasnya. - Buletin Mutiara

 

Naik Taraf Saliran Parit Atas Banjir 1

KEADAAN saliran parit terkini.

 

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 24 February 2026.
0429142
This Month: 451
Total: 429,142

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image