Program Ihya Ramadhan Dan Majlis Berbuka Puasa JPS Pulau Pinang di Pejabat Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah.
Pada 31 Mei 2018 bersamaan dengan 15 Ramadhan 1439H telah diadakan Program Ihya Ramadhan Dan Majlis Berbuka Puasa JPS Pulau Pinang di Pejabat Jurutera Daerah Seberang Perai Tengah.
Antara pengisian program adalah sesi tazkirah, tahlil, majlis berbuka puasa dan solat tarawikh berjemaah.
Turut diraikan di dalam majlis ini adalah anak -anak yatim dari Rumah Permata Kasih, Pertubuhan Permata Al -Mahabbah Negeri Pulau Pinang.