faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Pengumuman

Kajian Keberkesanan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024

 

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YB. Dato'/ YAA. Dato'/ YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan,

Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran ini akan melaksanakan satu kajian ke atas keberkesanan penggunaan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2024.

Tujuan kajian diadakan adalah bagi mendapatkan input orang awam dan  penjawat awam untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dalam talian berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan. Kajian tersebut dibuka kepada orang awam dan penjawat awam bermula pada 31 Januari 2025 hingga 28 Februari 2025 Kerjasama   YB. Dato'/ YAA. Dato'/ YBhg. Dato'/ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Pautan kajian disertakan seperti di bawah.

Kajian Keberkesanan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024

Kerjasama Jabatan/Agensi Negeri juga dimohon untuk memaparkan makluman kajian ini di muka hadapan portal masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, kerjasama Jabatan/Agensi Negeri dimohon untuk menghebahkan kajian ini melalui Media Sosial, Media Elektronik dan lain-lain saluran yang bersesuaian. Bersama ini disertakan banner kajian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 24 February 2026.
0429149
This Month: 458
Total: 429,149

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image