faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Featured

MS ISO 9001:2004 bagi Pengurusan Data Hidrologi

Pengurusan Data Hidrologi

 

Menyedari hakikat bahawa air merupakan sumber yang amat penting untuk pembangunan sosio ekonomi negara yang mampan, fungsi hidrologi dan penilaian sumber air telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sejak tahun 1972.

Keperluan data hidrologi yang berkualiti dan berterusan menjadi lebih penting untuk menjamin perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber air negara berjalan lancar. Kegagalan memungut dan membekalkan data yang berkualiti akan menjejaskan pembangunan sumber air pada masa akan datang.

Bahagian Hidrologi dan Sumber Air, Jabatan Pengairan dan Saliran kini mengendalikan dan menyelenggarakan satu rangkaian stesen hidrologi untuk tempoh jangka panjang untuk tujuan memungut, mengumpul-semak, memproses, menganalisis dan menyebar data-data dan maklumat hidrologi untuk pengguna yang terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta.

Pemungutan data hidrologi di JPS dilaksanakan di peringkat JPS negeri menurut satu program pencerapan hidrologi nasional yang dilaksanakan oleh JPS negeri diselaraskan di peringkat Persekutuan. Manakala pemprosesan data dan penyebaran data pula dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

JPS Pulau Pinang di bawah Unit Hidrologi dan Sumber Air mengendalikan aktiviti hidrologi untuk 21 stesen curahan hujan, 2 stesen aras air, 2 stesen sukat luah dan 17 stesen hujan (manual). Data hidrologi yang dipungut oleh kakitangan Unit Hidrologi dan Sumber Air di JPS Pulau Pinang masing-masing daripada stesen-stesen tersebut dikemukakan ke Unit Pengurusan Maklumat, Seksyen Pengurusan Stesen Hidrologi dan Maklumat, Bahagian Hidrologi dan Sumber Air (BHSA), di Ibu Pejabat JPS. Data-­data hidrologi yang diterima disemak, diproses, diarkib dan disebarkan kepada pengguna sama ada berdasarkan permohonan atau pun menerusi penerbitan-penerbitan berjadual.

Polisi Kualiti BHSA

JPS beriltizam memastikan semua pelanggan dibekalkan dengan data hidrologi yang diperlukan melalui perkhidmatan pengurusan data hidrologi yang berkualiti secara berterusan untuk memenuhi kehendak pelanggan ke arah meningkatkan keberkesanan sistem kualiti secara berterusan ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Objektif Kualiti

Bagi memenuhi kehendak dan harapan pelanggan luaran dan dalaman ke arah mencapai perancangan berkualiti;

JPS Malaysia bertanggungjawab mencapai objektif kualiti dengan memastikan pengurusan data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Negara sentiasa dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk pembangunan negara yang mapan dengan iltizam berikut:

  1. Memungut semua jenis data hidrologi daripada Rangkaian Stesen Hidrologi Nasional dengan tahap prestasi data bagi setiap stesen tidak kurang daripada 92% dan mengemukakannya ke Bahagian Hidrologi dan Sumber Air dalam tempoh 45 hari dari tarikh pemungutan data bagi stesen bukan pedalaman dan 90 hari bagi stesen pedalaman.
  2. Membekal data hidrologi menurut spesifikasi dan jadual seperti yang telah ditetapkan dalam masa 7 hari bekerja.
  3. Mengurangkan aduan pelanggan ke tahap tidak lebih 10% setahun dari jumlah keseluruhan permohonan.
  4. Menyediakan Laporan Banjir semasa dalam tempoh 24 jam.
  5. Menyediakan Laporan Pemantauan Kemarau setiap 2 minggu pada musim kemarau atau setiap 1 bulan pada musim biasa.

Memastikan kumpulan sokongan menghadiri kursus yang berkaitan Hidrologi sekurang-kurangnya sekali setahun.

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 Pengurusan Sungai Pinang

PENGURUSAN SUNGAI PINANG

 

Bahagian Saliran dan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang adalah komited dalam penyediaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 : 2015 bagi Pengurusan Sungai Pinang.

 

POLISI ALAM SEKITAR

JPS Pulau Pinang adalah komited kearah menyediakan perkhidmatan Pengurusan Sungai Pinang (PsgPg) yang berkesan dan berterusan dengan mematuhi semua kehendak-kehendak perundangan yang berkaitan Alam Sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan melalui :

  • Mengawal dan memantau punca ‘effluent’ yang dilepaskan secara berterusan supaya tidak mencemarkan sungai.
  • Pemantauan pencemaran berlandaskan kehendak perundangan dan Pemantauan kepada parameter-parameter bagi mencapai tahap yang dibenarkan serta lain-lain keperluan mengikut Indek Kualiti Air (WQI).
  • Mengujudkan kawasan rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam
  • Dokumentasikan Polisi Alam Sekitar
  • Memastikan semua anggota PSgPg, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan mendapat maklumat berkaitan polisi alam sekitar.
  • Polisi Alam Sekitar mudah diperolehi oleh pihak awam.

Dalam melaksanakan polisi yang dinyatakan, JPS Pulau Pinang komited kearah usaha-usaha penambahbaikan secara berterusan.

  • Kemudahan rekreasi dengan selamat
  • Menjadikan Sungai Pinang sebagai tempat riadah/rekreasi

 

OBJEKTIF DAN SASARAN

Objektif Alam Sekitar 1.

Meningkatkan Indek Kualiti Air Sungai Pinang daripada Kelas IV kepada Kelas II.

Sasaran 1

a)   Mencapai Indek Kualiti Air Kelas III Pada Tahun 2025

b)   Mencapai Indek Kualiti Air Kelas II Pada Tahun 2030

 

Objektif Alam Sekitar 2.

Mengurangkan kadar sisa pepejal di dalam sungai daripada 35 tan/bulan pada tahun 2020 kepada 34 tan/bulan pada tahun 2030

Sasaran 2.      

Pengurangan kepada sisa pepejal di dalam saluran sungai sebanyak 1 tan/ tahun.

 

Objektif Alam Sekitar 3.

Mengekalkan keindahan persekitaraan sepanjang Sungai Pinang.

Sasaran 3.                

Mengekalkan 2 zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam di Sungai Pinang.

 

Sistem Pengurusan Alam Sekitar Skim Pengairan Sungai Muda MS ISO 14001

Pengairan Sungai Muda

 

Harap maaf. Tiada isi kandungan buat masa ini.

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 24 February 2026.
0429146
This Month: 455
Total: 429,146

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image