faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

BENGKEL KERJA-KERJA UKUR HALUS DAN PERIZABAN SUNGAI PROJEK TEBATAN BANJIR JPS NEGERI PULAU PINANG

BENGKEL KERJA-KERJA UKUR HALUS DAN PERIZABAN SUNGAI PROJEK TEBATAN BANJIR JPS NEGERI PULAU PINANG

Bengkel selama dua hari ini telah berlangsung pada 5 hingga 6 November 2025 bertempat di Jerai Hill, Gunung Jerai, Kedah, dengan penyertaan seramai 25 orang peserta daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP).

Turut hadir memeriahkan bengkel ini ialah Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tuan Ooi Soon Lee, bersama Timbalan Pengarah (Pembangunan 1), Tuan Ahmad Kamil bin Jamaludin, serta pegawai-pegawai JPSPP.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jurukur Hikmah dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman teknikal serta mempertingkatkan kecekapan pelaksanaan perizaban projek-projek tebatan banjir yang amat penting ntuk melindungi fungsi semula jadi sungai, menjamin keselamatan awam, dan menyokong pembangunan yang mampan di kawasan berhampiran sungai.

 

 577005274 122171595392796717 269337405989703897 n  577348716 122171595956796717 5575987970736052707 n
MAJLIS PERASMIAN DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) SUNGAI RAMBAI & PROGRAM KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA)

MAJLIS PERASMIAN DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) SUNGAI RAMBAI & PROGRAM KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA)

 

📍 Sungai Rambai, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

📅 1 November 2025 (Sabtu)

Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sungai Rambai telah berlangsung dengan meriah dan disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital; YB Tuan Gooi Zi Sen, ADUN Padang Lalang; YBhg. Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah; serta YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tuan Ooi Soon Lee, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang bersama barisan pegawai JPSPP.

Gimik pelancaran turut diadakan dengan melepaskan sebanyak 1250 ekor anak ikan ke dalam Sungai Rambai dan acara menandatangani Plak Perasmian Denai Sungai Rambai sebagai simbolik kepada usaha memelihara ekosistem sungai dan kelestarian alam semula jadi. 🌿🐟

Program ini menghimpunkan lebih 200 orang pelajar dan guru daripada SMK Pendidikan Khas Bumbung Lima dan SMJK Jit Sin, serta 50 orang wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Acara dimulakan dengan aktiviti jalan laju (brisk walk) sejauh 1.3 km, diikuti majlis perasmian dan seterusnya aktiviti pendidikan alam sekitar serta sesi pengukuhan pasukan (team building) bersama pihak AutoCity. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya menyemai kesedaran tentang pentingnya menjaga sungai serta memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan peserta muda. 💪🌊

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna (kategori sekolah rendah), Kuiz Online (kategori sekolah rendah) dan Pertandingan Fotografi (kategori sekolah menengah). Turut diadakan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada para peserta yang hadir. 🎁🎨📸

Program ini jelas mencerminkan komitmen padu pelbagai pihak dalam usaha memelihara dan memulihara sungai sebagai warisan semula jadi yang harus dijaga bersama demi generasi yang akan datang. 🌿💧

 

 573866245 122171209082796717 1181259027973793057 n  574583596 122171209106796717 8797091127825056199 n
SESI PEMILIHAN PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEWARNA JPS

SESI PEMILIHAN PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEWARNA JPS

 

SESI PEMILIHAN PEMENANG BAGI PERTANDINGAN MEWARNA JPS 🎨✨

Telah berlangsung sesi pemilihan pemenang bagi Pertandingan Mewarna anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pelbagai hasil kreativiti dan warna-warni daripada para peserta dipamerkan, menonjolkan semangat serta bakat luar biasa dalam menghidupkan tema berkaitan sumber air dan alam sekitar. 🌿💧

Panel penilai yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPS meneliti setiap hasil karya dengan penuh teliti bagi memilih pemenang yang paling menonjol dari segi kreativiti, kemasan dan penghayatan tema.

Pemenang akan dijemput untuk menghadiri Program CEPA Sungai Rambai yang akan diadakan pada 01 November 2025, dan akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. 🌊🌳

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan yang penuh warna, semangat dan inspirasi! 🌈👏

 

 574506030 122170850222796717 2895102614845500855 n  572160791 122170850180796717 6288686877093047504 n
Bengkel Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Untuk Lembangan Sungai Pinang, Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Jawai Negeri Pulau Pinang Tahun 2025

Bengkel Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Untuk Lembangan Sungai Pinang, Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Jawai Negeri Pulau Pinang Tahun 2025

Hari ini berlangsung Bengkel Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) khusus untuk empat lembangan utama di Pulau Pinang: Sungai Pinang, Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Jawi.

Bengkel ini menjadi platform untuk perkongsian maklumat, perbincangan serta pandangan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh sistem ramalan dan amaran banjir demi pengurusan bencana yang lebih berkesan di negeri ini.

Penganjur utama bengkel ini melibatkan pihak Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama JPS Pulau Pinang dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan menglibatkan penyertaan wakil-wakil Kementerian, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Rakan-rakan strategik, NGO serta Pihak Berkuasa Tempatan

🤝 Bersama kita meningkatkan kesiapsiagaan banjir demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang. 🌊

 

 558015162 122167706702796717 2386026047915223308 n 558989800 122167706732796717 2195852971390890426 n 
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN TERPUJI (APT) TAHUN 2024 - JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN TERPUJI (APT) TAHUN 2024 - JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG

 

02 OKTOBER 2025 (KHAMIS) | Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) Tahun 2024 JPSPP telah diadakan dengan jayanya di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Majlis ini meraikan seramai 117 orang penerima APT dan telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Penganugerahan ini diberikan kepada warga Jabatan yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2024.

Majlis ini turut meraikan seramai 8 orang pihak Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Sesi 2023/2024. Jasa dan sumbangan pihak pekerja MBJ dalam memastikan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja amat dihargai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima.

 

 557720114 122167152224796717 6605718931824880125 n  557414469 122167152392796717 5679889483860344783 n

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 24 February 2026.
0429146
This Month: 455
Total: 429,146

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image