KUNJUNGAN HORMAT YB DATO'SERI SUNDARAJOO A/L SOMU KE JPSPP

23 Januari 2025 (Khamis) | YB Dato' Seri Sundarajoo a/l Somu selaku EXCO Perumahan dan Alam Sekitar serta YB Kumaran Krishnan selaku ADUN Bagan Dalam telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang dan disambut oleh Encik Ooi Soon Lee, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang.
Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai perancangan dan pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Nyiur di Daerah Seberang Perai Utara selain membincangkan isu-isu setempat.
Perbincangan tersebut turut disertai oleh Encik Ahmad Kamil bin Jamaludin selaku Timbalan Pengarah (Pembangunan 1), Ir. Ts. Gs. Haslinda binti Mohamad Hamran selaku Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Banjir), Ir. Siti Norazela binti Hasan selaku Jurutera JPS Daerah Seberang Perai Utara dan lain-lain pegawai daripada Bahagian dan Daerah yang berkaitan.
![]() |
![]() |





