faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

TAKLIMAT DARIPADA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI PULAU PINANG BERKENAAN PROJEK MENCEGAH HAKISAN PANTAI BATU FERINGGI DAN TANJUNG BUNGAH, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

TAKLIMAT DARIPADA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) NEGERI PULAU PINANG BERKENAAN PROJEK MENCEGAH HAKISAN PANTAI BATU FERINGGI DAN TANJUNG BUNGAH, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

07 Mei 2025 (Rabu) | Satu sesi taklimat telah diadakan untuk memberi penerangan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena binti Abdul Rashid mengenai situasi semasa hakisan pantai di kawasan Batu Feringgi dan Tanjung Bungah. Sesi ini juga bertujuan membentangkan pelan tindakan bagi mengatasi isu-isu yang dihadapi serta membincangkan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Pembangunan 1), Encik Ahmad Kamil bin Jamaludin; Ketua Penolong Pengarah (Operasi), Ir. Sasitharan a/l Manikam; Ketua Bahagian Sungai dan Pantai, Puan Nur Syuhada binti Ahmad; Jurutera Daerah Timur Laut, Encik Mohd Na’im bin Sulaiman; serta pegawai-pegawai JPS Pulau Pinang yang lain.

 

 495201863 122142576134796717 7101940588621012327 n  495538916 122142576176796717 6811242669278508999 n
SAMBUTAN MAJLIS HARI AIR SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.

SAMBUTAN MAJLIS HARI AIR SEDUNIA 2025 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.

Bertempat di Empangan Air Itam, majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang. Pelbagai agensi Kerajaan dan badan berkanun Kerajaan serta badan bukan Kerajaan juga terlibat bagi menjayakan majlis ini. Turut hadir bersama Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee.

 

 495123793 122141638406796717 3814140428977792597 n 494636240 122141638340796717 8752678516450976279 n 
MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI

MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI

 

 

 

494526889 122139620900796717 1912823840262008197 n

MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI

25 April 2025 (Jumaat) | Bertempat di Pusat Kecemerlangan, JPS Daerah Seberang Perai Utara telah diadakan Majlis Perhimpunan JPSPP yang telah dipengerusikan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri.

Turut juga diadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang disertai semua warga JPS Negeri Pulau Pinang.

 

 494464785 122139590318796717 6842157605317292154 n  494465197 122139590396796717 5928998736112560895 n
LAWATAN TAPAK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI PINANG BERSAMA YB KETUA MENTERI PULAU PINANG

LAWATAN TAPAK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI PINANG BERSAMA YB KETUA MENTERI PULAU PINANG

 

 

 

491939566 122136713606796717 3705261694059115778 n

LAWATAN TAPAK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI PINANG BERSAMA YB KETUA MENTERI PULAU PINANG

21 April 2025 (Isnin) | Lawatan tapak bersama YB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama YB Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, YB Lim Siew Khim, ADUN Sungai Pinang yang telah diiringi oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soo Lee, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang bagi meninjau kerja-kerja pembinaan struktur ‘piano weir’ dan ‘monsoon drain’ di Kampung Jawa yang merupakan komponen utama projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang yang sekian lama dinanti-nantikan.

Pelaksanaan komponen berkaitan adalah bermula dari jambatan Jalan Jelutong dan berakhir di penghujung jambatan di Jalan Perak. Dengan siapnya komponen berkaitan, banjir/limpahan air sungai dapat dielakkan di sebahagian kawasan hilir; kualiti air ditingkatkan ekoran air dari longkang akan terus disalurkan ke bahagian hilir dan impak air pasang dapat dikurangkan. Sehingga kini, pelaksanaan projek adalah mengikut jadual iaitu 24 peratus siap.

Secara keseluruhan, projek RTB Sungai Pinang dijangka disempurnakan sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2027.

 

 

PROGRAM LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)

PROGRAM LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)

 

491934230 122135759300796717 7388195191645154882 n

17 April 2025 (Khamis) | YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah sudi meluangkan masa turun padang bagi melawat kawasan Tapak Struktur Pencegahan Hakisan Pantai Batu Feringghi (Golden Sand Resort) dan seterusnya ke kawasan Tapak Struktur Pencegahan Hakisan Pantai Pengkalan Nelayan Paramount, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang telah memberikan taklimat semasa lawatan kerja di kedua-dua lokasi berkenaan.

Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, YBhg Dato Ir. Rozman Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia, pegawai-pegawai dari Kementerian PETRA, wakil Pejabat YB EXCO serta pegawai-pegawai JPS Negeri Pulau Pinang.

 

 491940599 122135759324796717 843346141452740254 n  492084745 122135759348796717 262908075181189275 n

 

 

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 24 February 2026.
0429157
This Month: 466
Total: 429,157

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image