faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN HIDROLOGI BAGI SISTEM PEMANTAUAN BANJIR

PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN HIDROLOGI BAGI SISTEM PEMANTAUAN BANJIR

📅 Tarikh: 3 Ogos 2025

📍 Stesen: Klinik Kesihatan Berapit

🆔 ID Stesen: 5304045

🔁 Pusingan: 4

 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala terhadap sistem pemantauan banjir di Stesen Klinik Kesihatan Berapit sebagai sebahagian daripada pelan kesiapsiagaan bencana bagi tahun 2025.

Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah:

🔹 Pemeriksaan bekalan kuasa bateri RTU & panel solar

🔹 Pembersihan panel solar dan panel RTU

🔹 Pembersihan tipping bucket bagi elak tersumbat

🔹 Pemeriksaan penghantaran data RTU

🔹 Penyimpanan dan rakaman data dari mini logger

Penyelenggaraan ini penting bagi memastikan sistem pemantauan banjir sentiasa beroperasi dengan efisien, seterusnya membantu dalam pengesanan awal dan pengurusan risiko bencana secara lebih efektif.

 

 526978325 122159129480796717 6988673331400226 n  528414950 122159129432796717 8458919062769403816 n
 Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025

Telah berlangsung meriah di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 1 Ogos 2025, menyemarakkan semangat patriotik dan kecintaan kepada tanah air.

Dalam majlis ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP) turut berbangga menjadi salah satu jabatan yang menerima bendera Jalur Gemilang dalam acara simbolik Penyerahan Bendera kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan, yang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ayuh rakyat Pulau Pinang, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga di setiap penjuru negeri!

 

 525847341 122158676132796717 5198391583010079048 n 526559990 122158676054796717 6179405317941185761 n 
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2025

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2025

Pada tanggal 31 Julai setiap tahun, kita berdiri teguh sebagai rakyat Malaysia untuk mengenang jasa dan pengorbanan para pahlawan negara. Mereka yang gugur dan mereka yang masih setia berkhidmat demi keamanan tanah air tercinta.

Darah yang tumpah, peluh yang mengalir, dan nyawa yang dikorbankan menjadi asas kepada kebebasan yang kita kecapi hari ini.

Semoga semangat perjuangan ini terus mekar dalam jiwa kita – agar keamanan yang dibina tidak terhapus oleh kelalaian.

"Tiada tanah seindah Malaysia, tiada jasa sebesar pengorbanan wira negara."

Terima kasih, pahlawan.

 SEMINAR SEBUTHARGA DAN TENDER 2025

SEMINAR SEBUTHARGA DAN TENDER 2025

24 Julai 2025 (Khamis) | Bertempat di Ixora Hotel, Pulau Pinang, seminar ini telah berlangsung dengan penuh jayanya dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dirasmikan oleh Encik Ahmad Kamil bin Jamaludin, Timbalan Pengarah (Pembangunan 1), serta dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi JPSPP termasuk Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli, Ir. Sasitharan a/l Manikam, Puan Zuraini binti Jalal, Ketua Bahagian, Jurutera Daerah, dan para pegawai serta peserta-peserta seminar.

📌 Seminar ini menghimpunkan lima slot menarik dan berinformasi yang merangkumi:

✅ Cara Pengisian Sebutharga

✅ Pelaporan Kerja bagi Perolehan (Kerja Undi, JKLT, Sebutharga)

✅ Penilaian Keupayaan & Kemampuan Kontraktor (SCORE CIDB)

✅ Laporan Keselamatan bagi Kontrak Kerja

✅ Cara Pengisian Tender

Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Cik Rozaimah binti Zainudin, Ts. Syed Mohamad Syahir bin Syed Mazlan dan Encik Zarif bin Dzamini (JKKP), yang telah memberi input bernas serta panduan berguna dalam meningkatkan kefahaman dan tatacara pelaksanaan proses perolehan kerja.

✨ Semoga penganjuran seminar ini dapat memperkasa pemahaman semua peserta terhadap tatacara perolehan yang berintegriti, telus dan efisien.

 519690775 122157513536796717 7882192190133028937 n 520557881 122157513410796717 8058713726471126684 n  523628023 122157513128796717 7660232451057153954 n 
TAKLIMAT PENDAFTARAN TEMPAT KERJA MELALUI LAMAN WEB MyKKP

TAKLIMAT PENDAFTARAN TEMPAT KERJA MELALUI LAMAN WEB MyKKP

Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Tempat: Dewan Kecemerlangan Al-Jazari

Penceramah: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta pematuhan kakitangan terhadap keperluan perundangan berkaitan Pendaftaran Tempat Kerja sebagaimana yang ditetapkan oleh JKKP. Peserta juga akan didedahkan dengan kaedah penggunaan sistem atas talian MyKKP, iaitu platform rasmi bagi proses pendaftaran tempat kerja secara digital.

Turut dihadiri Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri, Ketua-ketua bahagian, Jurutera daerah dan pegawai-pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang.

 520426874 122157397238796717 3148882320608743920 n 521600705 122157397106796717 5994075887819755764 n   523360223 122157397148796717 9082353825180699987 n

Department of Irrigation and Drainage Penang
Level 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Fax : +604 261 3435

  • Latest Update: 24 February 2026.
0429157
This Month: 466
Total: 429,157

Copyright © 2024 Department of Irrigation and Drainage Penang

Best viewed using the latest version of Mozilla Firefox with a screen resolution of 1366 x 768 or higher

Image
Image
Image