Hari ini berlangsung Bengkel Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) khusus untuk empat lembangan utama di Pulau Pinang: Sungai Pinang, Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Jawi.
Bengkel ini menjadi platform untuk perkongsian maklumat, perbincangan serta pandangan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh sistem ramalan dan amaran banjir demi pengurusan bencana yang lebih berkesan di negeri ini.
Penganjur utama bengkel ini melibatkan pihak Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia bersama JPS Pulau Pinang dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan menglibatkan penyertaan wakil-wakil Kementerian, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Rakan-rakan strategik, NGO serta Pihak Berkuasa Tempatan
Bersama kita meningkatkan kesiapsiagaan banjir demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang. ![]()
![]() |
|




