
16 April 2025 (Rabu) | Telah diadakan satu program selama 2 hari pada 15 April 2025 - 16 April 2025 bersama pelajar-pelajar daripada Politeknik Ungku Omar (PUO). Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Khairulnizam bin Hashim, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan yang diiringi oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Tuan Ahmad Kamil bin Jamaludin, Timbalan Pengarah (Pembangunan 1), Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli, Timbalan Pengarah (Pembangunan 2), Ir. Sasitharan a/l Manikam, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) serta dif-dif jemputan. Majlis turut diadakan sesi taklimat bencana oleh pihak PRABN, Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Antara aktiviti di bawah program CSR yang telah diadakan bersama pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) adalah membersih kawasan (gotong royong), mengecat papan tanda, mengecat kerb, mengecat stesen hidrologi, membaiki interlocking dan menanam pokok sebanyak 50 buah anak pokok di sepanjang Sungai Jawi. Pertandingan mewarna , pameran booth dan cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana program.
Dikesempatan ini pihak JPS Negeri Pulau Pinang juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PRABN JPS Malaysia , Politeknik Ungku Omar, NAHRIM,PSUKPP Unit Pengurusan Bencana (UPB), HDLS SDN. BHD, MAINTEK TECHNOLOGIES SDN. BHD. serta warga kerja JPS Negeri Pulau Pinang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
![]() |
![]() |





