
03 Mac 2025 (Isnin) | Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang bersama YB EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, YB Zairil Khir Johari telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Tebatan Banjir di Solok Van Praagh, Jelutong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Lawatan tapak ini bertujuan menerangkan berkenaan pelaksanaan projek kepada YB EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital di samping meninjau keadaan semasa di tapak projek yang diiringi oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Timbalan Pengarah (Pembangunan 1) Encik Ahmad Kamil bin Jamaludin, Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Banjir) Ir. Ts. Gs. Haslinda binti Mohamad Hamran, Jurutera JPS Daerah Timur Laut, Encik Mohd Nai'm bin Sulaiman, pegawai-pegawai JPS, serta pegawai-pegawai dari agensi utilitis dan pihak kontraktor projek.
![]() |
![]() |





