
13 Februari 2025 (Khamis) | Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2025 telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang yang diraikan bersama Encik Ooi Soon Lee, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang. Majlis dirasmikan dengan sesi pemotongan kek yang diiringi oleh Encik Ahmad Kamil bin Jamaludin, Timbalan Pengarah (Pembangunan 1), Ir. Mohamad Suaimi bin Ramli, Timbalan Pengarah (Pembangunan 2) dan Puan Zuraini binti Jalal, Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan). Turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut ialah Ketua-ketua Bahagian dan Jurutera Daerah serta pegawai-pegawai JPS.
![]() |




