Bahagian Pengurusan Banjir
1. Menyediakan anggaran belanjawan dan memantau kemajuan perbelanjaan projek tebatan banjir
2. Memberi ulasan-ulasan teknikal bagi projek-projek yang boleh mempengaruhi sistem saliran yang sedia ada.
3. Merancang, merekabentuk, menyedia pelan dan dokumentasi, melaksana, menyelia serta mengesan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir melalui peruntukan Negeri, Persekutuan dan sumber kewangan lain.
4. Menyedia kertas permohonan peruntukan pembangunan Negeri dan Persekutuan untuk Rancangan Tebatan Banjir.
5. Merancang, menentu (skop dan sepesifikasi), mengurus pelantikan Perunding, Jurukur dan Penyiasatan Tanah; menyelia, menyemak dan mengesahkan hasil kerja mereka.
6. Menyedia laporan bulanan, sukuan, tahunan atau laporan-laporan khas yang diperlukan bagi kemajuan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir seluruh daerah.
7. Menyemak dokumentasi, bayaran kemajuan dan sebagainya diterima dari daerah.
8. Mengumpul dan mengemaskini data-data dan maklumat berkaitan projek-projek tebatan banjir dan maklumat-maklumat lain berkaitan yang terkini melalui sistem inventori yang telah dibangunkan.
9. Menyediakan dokumentasi, merancang, mengurusetia dan pelaporan bagi Jawatankuasa MMK Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang.
10. Menyemak dokumentasi, merancang, menyedia pelan, memantau proses pengambilan balik tanah atau penyerahan sebahagian tanah PTP.



