Bahagian Khidmat Pengurusan
Menguruskan Kewangan
i) Menguruskan permohonan bajet tahunan, terimaan dan pindah peruntukan, terimaan hasil, tanggungan inden, pesanan tempatan, bayaran, deposit, Akaun Amanah, panjar wang runcit, emolumen, laporan kewangan,JPKA, jawapan audit.
ii) Menguruskan aset serta stor (perolehan, pendaftaran, pelupusan, stok, JKPAK).
Menguruskan Pentadbiran Pejabat dan Sumber Manusia
i) Menguruskan perjawatan, penempatan, pertukaran, perkhidmatan – pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pemangkuan, pengesahan kenaikan pangkat, penanggungan kerja, pengurusan tatatertib, persaraan, pelantikan pegawai kontrak, pengurusan integriti, latihan, HRMIS serta Majlis Bersama Jabatan.



