faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

Cara Hubungi JPS

JPS careline : 1-300-80-1010

Laman web : www.water.gov.my

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pohon Tanah Rizab Sungai

Secara umumnya JPS tidak menggalakkan permohonan untuk menggunakan rizab sungai kita kerana kami perlu memasukinya pada bila-bila masa untuk kerja pembaikan kecemasan dan juga untuk penyelenggaraan sungai. Walau bagaimanapun, kami mungkin mempertimbangkan permohonan tertentu berdasarkan kes demi kes.

Setinggan Rizab Sungai

Jika anda nampak setinggan mula menduduki rizab sungai, lalu menyebabkan pengotoran dan pencemaran sungai, anda boleh menghubungi JPS dengan segera. JPS akan menghubungi pihak berkuasa yang berkenaan untuk memindahkan setinggan secepat mungkin.

Mengadu masalah banjir kilat

JPS dan juga pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab yang berkenaan terhadap saliran. Secara umum pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab terhadap pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran tempatan yang sebahagian besarnya merupakan saliran utama dan saliran sekunder. JPS bertanggungjawab terhadap sungai yang mungkin mengalir di dalam dan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan. Banjir yang disebabkan oleh parit dan pembetung yang tersumbat jatuh di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Banjir yang disebabkan oleh limpahan parit dan sungai akibat keupayaan yang tidak mencukupi biasanya merupakan tanggungjawab JPS. Sekiranya ragu-ragu sila hubungi PRO pejabat JPS yang terdekat. JPS mempunyai pejabat PRO di setiap negeri.

Minta Jambatan Pejalan Kaki

JPS sering menerima permintaan untuk membina jambatan pejalan kaki atau jambatan lalu lintas ringan untuk kemudahan penduduk tempatan. Sila tulis surat kepada PRO JPS pejabat negeri yang berkaitan. Apabila menulis kepada PRO sila sertakan nombor telefon anda juga.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

Emel : didpenang@water.gov.my

  • Tarikh Kemaskini: 24 Februari 2026.
0429157
Bulan Ini: 466
Jumlah Pelawat: 429,157

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image