31 OGOS 2024 (SABTU) | Kontinjen Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada 55 orang kakitangan dan diketuai oleh Encik Mohd Na'im bin Sulaiman selaku Jurutera JPS Daerah Timur Laut telah menyertai perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Turut hadir memberikan tabik hormat kepada kontinjen JPS Pulau Pinang ialah YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Mohd Nazri bin Yasmin selaku Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri bersama isteri Datin Ir. Hajah Noruati binti Nordin.
![]() |
![]() |
|





