faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

 

WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.10

 

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

__________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

        

     Pada 1 April 2019 hingga 3 April 2019, telah diadakan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Malaysia bertempat di di Pusat Kecemerlangan Dan Kejuruteraan Teknologi (CReATE) Jabatan Kerja Raya, Alor Gajah, Melaka.

     Persidangan ini melibatkan Pengurusan Tertinggi JPS Malaysia dan JPS Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah, Pegawai Perhubungan Awam dan semua Pegawai-Pegawai JPS Malaysia bergred 48 dan ke atas. Persidangan telah dirasmikan oleh YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr Xavier Jayakumar.

    Objektif persidangan adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada pihak pengurusan jabatan bagi menyampaikan polisi, dasar, perancangan strategik terkini dan pendirian Jabatan dalam isu-isu semasa berkaitan dengan fungsi Jabatan dalam Sekuriti Air serta maklumbalas secara terus berhubung pelaksanaan polisi-polisi baru Jabatan selaras dengan arah dan matlamat Kerajaan.

    Seramai 11 orang pegawai dari JPS Pulau Pinang telah hadir ke persidangan ini iaitu Pengarah Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pegawai Perhubungan Awam.

 

           WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.07        WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.08 (1)       

    

           WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.08         WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.09 (1)       

        

          WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.10 (1)           WhatsApp Image 2019 04 10 at 16.22.11 (1)

 

 

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393382
Bulan Ini: 2,323
Jumlah Pelawat: 393,382

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image