________________________________________________________________________________________________________________________________________
LAWATAN TEKNIKAL TELAH DIADAKAN OLEH JPS PULAU PINANG KE PEJABAT PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI MUDA (PLSM), KUALA MUDA, KEDAH.
________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada 10 Disember 2018, satu lawatan teknikal telah diadakan oleh JPS Pulau Pinang ke Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM), Kuala Muda, Kedah.
Lawatan disertai oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah serta beberapa kakitangan pelaksana dan sokongan dari JPS Pulau Pinang.
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda, Tuan Haji Zainalfikry Bin Haji Daud. Seterusnya, lawatan ke Pusat Kawalan Pengurusan Sungai Muda dan Struktur Ampang Jajar (Barrage) Sungai Muda turut diadakan.