________________________________________________________________________________________________________________________________________
Hari Inovasi Dan Kecemerlangan JPS Pulau Pinang Tahun 2018
_______________________________________________________________________________________________________________________________________
Pada 27 September 2018. Telah diadakan Hari Inovasi Dan Kecemerlangan JPS Pulau Pinang Tahun 2018 bertempat di Pusat Kecemerlangan JPS Seberang Perai Utara.
Hari Inovasi Dan Kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Turut sama-sama menghadiri adalah Pengarah Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, pegawai-pegawai kanan dan hampir 200 kakitangan JPS Pulau Pinang.
Hari Inovasi dan Kecemerlangan ini dimeriahkan dengan Booth Pameran dari Pejabat JPS Daerah-Daerah Pulau Pinang selain pameran Booth dari syarikat luar. Selain itu, Anugerah Kecemerlangan meliputi 12 kategori Anugerah yang dipertandingkan turut disampaikan pada hari ini.