faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.16


 Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sg Jelutong Diversion (Bawah Tanah) Di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong Dan Solok Perak, Jetulong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.


 

         Pada 3 Julai 2018, telah diadakan Majlis Pecah tanah Projek Tebatan Banjir Sg Jelutong Diversion (Bawah Tanah) Di Jalan Tengku, Persimpangan Jalan Jelutong Dan Solok Perak, Jetulong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

          Majlis ini telah disempurnakan oleh YB  Zairil Khir Johari, EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama di dalam majlis ini adalah Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, En Mohd Azmin Bin Hussin, Pengarah Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Ir. Shahabuddin Bin Mohd Muhayidin, wakil pihak Majlis Bandaraya Pulau Pianng (MBPP), Ahli Parlimen Jelutong dan ADUN kawasan setempat.

          Antara skop utama projek ini adalah menaiktaraf struktur saliran bawah tanah (Sungai Jelutong Diversion) sediada yang perlu dibaikpulih sepanjang 495m, menaiktaraf persimpangan Jelutong, menaiktaraf Jalan Tengku sepanjang 300m dan Solok Perak sepanjang 100m.

           Kerja menaiktaraf ini secara langsung akan membantu menyelasikan permasalahan integriti struktur lencongan saliran bawah tanah di samping penyuraian semula trafik sekitar jajaran projek dan mengurangkan kesan banjir di hilir kawasan tandahan Sg. Jelutong dan Sg. Pinang sehingga siap sepenuhnya RTB Sg. Pinang yang akan mengambil jangkamasa dua (2) tahun.

 

      WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.15      WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.18   WhatsApp Image 2018 07 03 at 14.31.19

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393375
Bulan Ini: 2,316
Jumlah Pelawat: 393,375

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image