Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sungai Sedunia Tahun 2017 bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan
1NRE Bersama YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Pada 25 September 2017 (Isnin), telah berlangsungnya pameran sempena perhimpunan bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertempat di Auditorium Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang, Kuala Lumpur. Pameran yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari itu dihadiri oleh tetamu kehormat, Dato Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar bersama isteri, Ketua - Ketua Jabatan serta pegawai - pegawai.
Para jemputan menyanyikan lagu kebangsaan dan juga lagu kementerian
Dato Wan Junaidi ketika menyampaikan ucapan beliau
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Hari Sungai Sedunia 2017 di sini hari ini, Dato Wan Junaidi berkata pihaknya memberi jaminan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang kelolaan JPS Pulau Pinang akan diserahkan kepada kontraktor bermula pada awal Jan 2018 dan dijangka siap pada 2020. "Proses tender dah siap...pemilihan kontraktor sedang dijalankan, Insya-Allah kalau siap, ianya akan mengurangkan banjir...kalau berlaku hujan macam minggu lepas, ia tak seburuk yang berlaku," katanya
Suasana pada perhimpunan bulan 1NRE Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Pelancaran Hari Sungai Sedunia 2017 juga turut diadakan
Dalam majlis yang sama, JPS Pulau Pinang yang diwakili oleh Bahagian Korporat ( En. Mohamad Hazlami Bin Abdul Hamid, En. Hasnal Bin Md Rouse , En. Mohd Syazmie Bin Mohd Kassim dan En. Muhammad Nakhaie Bin Md Rashid) telah membantu dalam pameran tersebut. Pameran ini juga turut membabitkan semua JPS negeri dan bahagian seluruh Malaysia. Tujuan pameran ini adalah untuk mempamerkan projek - projek mengikut kategori yang telah diberikan oleh pihak JPS Malaysia. JPS Pulau Pinang yang dipertanggungjawabkan untuk mempamerkan bahan - bahan mengenai hakisan pantai telah memilih Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Pantai Batu Feringghi Pulau Pinang untuk dipamerkan.
Antara detik detik menarik yang sempat dirakamkan ketika pameran berlangsung
"Ha tepi sikit tepi sikit.."
Kakitangan JPS Pulau Pinang sedang melakukan persiapan