faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

8,500 Hektar Sawah Di Pulau Pinang Kering Berikutan Cuaca Panas

 

artikel 4

 

Lebih 8,500 hektar sawah di Pulau Pinang mengalami masalah bekalan air sehingga menjadi kontang menyebabkan jadual penanaman padi terpaksa ditangguh berikutan cuaca kering yang berlarutan sejak awal tahun.

Masalah itu menyebabkan kira-kira 50,000 pesawah terjejas dan terpaksa menangguhkan penanaman padi yang sepatutnya bermula Mac lalu selepas proses penuaian padi dilakukan Januari lepas.

Sehubungan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang telah mula membekalkan air kepada 3,328 hektar sawah atau 40 peratus daripada keseluruhan kawasan penanaman padi bagi membolehkan pesawah membuat persedian untuk menanam padi.

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata pihaknya menjangkakan keseluruhan kawasan penanaman padi terutama di daerah Seberang Perai Utara (SPU) akan dibekalkan air menjelang Mei ini.

"Sejak minggu lepas, 1,546 hektar kawasan sawah di Seberang Perai Utara (SPU), 1,365 hektar (Seberang Perai Selatan), 305 hektar (Seberang Perai Tengah) dan 112 hektar di Barat Daya telah mula dibekalkan air oleh JPS dengan mengepam dari sungai berhampiran sawah.

"Kami jangkakan Mei ini semua kawasan penanaman padi dapat disalurkan air dan pesawah boleh menanam semula kerana mereka telah menangguhkannya sejak Mac lepas berikutan fenomena El Nino," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke beberapa kawasan penanaman padi di SPU di sini, Jumaat.

Sementara itu, Dr Afif berkata kerajaan negeri sedia bekerjsama dengan kerajaan persekutuan untuk melakukan pembenihan awan supaya bekalan air di sungai meningkat bagi membolehkan ia dipam ke kawasan sawah. Beliau berkata kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk kos lima hari pembenihan awam dan proses pembenihan awan itu perlu dilakukan di Baling, Sik dan Kuala Muda kerana punca air datang dari sana

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

  • Tarikh Kemaskini: 23 Oktober 2024.
0393375
Bulan Ini: 2,316
Jumlah Pelawat: 393,375

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image