faq2  hubungi2 maklumbalas2  peta2

MAJLIS PERASMIAN DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK) SUNGAI RAMBAI & PROGRAM KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM (CEPA)

 

📍 Sungai Rambai, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

📅 1 November 2025 (Sabtu)

Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Sungai Rambai telah berlangsung dengan meriah dan disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital; YB Tuan Gooi Zi Sen, ADUN Padang Lalang; YBhg. Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah; serta YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tuan Ooi Soon Lee, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang bersama barisan pegawai JPSPP.

Gimik pelancaran turut diadakan dengan melepaskan sebanyak 1250 ekor anak ikan ke dalam Sungai Rambai dan acara menandatangani Plak Perasmian Denai Sungai Rambai sebagai simbolik kepada usaha memelihara ekosistem sungai dan kelestarian alam semula jadi. 🌿🐟

Program ini menghimpunkan lebih 200 orang pelajar dan guru daripada SMK Pendidikan Khas Bumbung Lima dan SMJK Jit Sin, serta 50 orang wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Acara dimulakan dengan aktiviti jalan laju (brisk walk) sejauh 1.3 km, diikuti majlis perasmian dan seterusnya aktiviti pendidikan alam sekitar serta sesi pengukuhan pasukan (team building) bersama pihak AutoCity. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya menyemai kesedaran tentang pentingnya menjaga sungai serta memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan komunikasi dalam kalangan peserta muda. 💪🌊

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mewarna (kategori sekolah rendah), Kuiz Online (kategori sekolah rendah) dan Pertandingan Fotografi (kategori sekolah menengah). Turut diadakan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada para peserta yang hadir. 🎁🎨📸

Program ini jelas mencerminkan komitmen padu pelbagai pihak dalam usaha memelihara dan memulihara sungai sebagai warisan semula jadi yang harus dijaga bersama demi generasi yang akan datang. 🌿💧

 

 573866245 122171209082796717 1181259027973793057 n  574583596 122171209106796717 8797091127825056199 n

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Pulau Pinang
Paras 55, KOMTAR, 10000, Jalan Penang
Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5280
Faks : +604 261 3435

Emel : didpenang@water.gov.my

  • Tarikh Kemaskini: 24 Februari 2026.
0430727
Bulan Ini: 2,036
Jumlah Pelawat: 430,727

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

Sesuai dilayari menggunakan Mozilla Firefox versi terkini dengan resolusi skrin 1366 x 768 keatas

Image
Image
Image