
26 Februari 2025 (Rabu) | Belanda mempunyai kerjasama secara dua hala yang kuat dengan Malaysia dalam penyesuaian iklim dan air. Pasukan ini telah melibatkan diri di pelbagai peringkat untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran mengenai pengurusan banjir. Program DRRS disokong oleh kerajaan Belanda dan merupakan tunjang utama dalam kerjasama dua hala yang sedang berlangsung dengan Malaysia.
Pada tahun 2022, Belanda telah menghantar pasukan pakar Pengurangan Risiko Bencana (DRR) untuk menilai situasi banjir yang berlaku di Selangor pada tahun 2021. Selepas itu, pasukan DRR memberikan beberapa cadangan kepada kerajaan Malaysia. Cadangan tersebut adalah untuk mengambil pendekatan proaktif dan holistik terhadap pengurusan banjir yang merangkumi pembentukan visi untuk laluan penyesuaian iklim termasuk penggabungan Penyelesaian Berasaskan Alam (NbS). Begitu juga, di Pulau Pinang (2018) satu pasukan DRR telah dihantar untuk melihat situasi banjir selepas bencana 2017.
Dua pakar dari pasukan DRR telah berjumpa dengan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee & Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Pengurusan Banjir), Ir. Ts. Gs. Haslinda binti Mohamad Hamran memberi penerangan lebih lanjut mengenai pendekatan NbS/pendekatan bandar span, mitigasi banjir, pemulihan sungai dan pantai serta sistem pam.
Wakil-wakil dari Belanda termasuk:
1. Puan Gayathri Vythalingam - Penasihat Ekonomi Kanan Kedutaan Belanda
2. Dr. Petra Dankers – Ketua Pasukan Pasukan DRRS
3. Encik Bastien van Veen – Pakar Ketahanan Banjir (DRRS)
══════════════════════════════════════════
MEETING SESSION BETWEEN THE DUTCH GOVERNMENT REPRESENTATIVE BY THE DISASTER RISK REDUCTION (DRR) TEAM WITH THE PENANG STATE DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE
26 February 2025 (Wednesday) | The Netherlands has a strong bilateral cooperation with Malaysia in climate adaptation and water. This team has engaged at various levels to share knowledge and expertise on flood management. The DRRS program is supported by the Dutch government and is a key pillar in the ongoing bilateral cooperation with Malaysia.
In 2022, the Netherlands sent a team of Disaster Risk Reduction (DRR) experts to assess the flood situation that occurred in Selangor in 2021. Subsequently, the DRR team provided several recommendations to the Malaysian government. These recommendations were to adopt a proactive and holistic approach to flood management, which includes the establishment of a vision for climate adaptation pathways, including the integration of Nature-based Solutions (NbS). Similarly, in Penang (2018), a DRR team was sent to assess the flood situation after the disaster in 2017.
Two experts from the DRR team met with the Director of the Penang State Irrigation and Drainage Department, Lt. Col. (PA) Ooi Soon Lee & Senior Assistant Director (Flood Management Division), Ir. Ts. Gs. Haslinda binti Mohamad Hamran, to provide further explanation regarding the NbS/city sponge approach, flood mitigation, river and coastal restoration, and pumping systems.
The representatives from the Netherlands include:
1. Ms. Gayathri Vythalingam- Senior Economic Advisor Netherlands Embassy
2. Dr. Petra Dankers – Team Leader DRRS Team
3. Mr. Bastien van Veen – Flood Resillient Expert (DRRS)
![]() |
![]() |





