1. Merancang, merekabentuk, menyedia pelan dan dokumentasi, melaksana, menyelia serta mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan sungai dan pantai melalui peruntukan Negeri dan Persekutuan.
2. Menyediakan kertas permohonan peruntukan pembangunan Negeri dan Persekutuan untuk Program Pembangunan Sungai dan Pantai.
3. Mengenalpasti kawasan hakisan sungai dan pantai serta membuat pemeriksaan / pemantauan berkala dan menyediakan laporan dan mengemaskini inventori.
4. Merancang, menentu (skop dan sepesifikasi), mengurus pelantikan Perunding, Jurukur dan Penyiasatan Tanah; menyelia, menyemak dan mengesahkan hasil kerja mereka.
5. Menyedia laporan dan inventori bulanan, sukuan, tahunan atau laporan-laporan khas yang diperlukan bagi projek-projek Sungai dan Pantai.
6. Mengumpul dan mengemaskini data-data dan maklumat berkaitan projek-projek sungai dan pantai dan maklumat-maklumat lain berkaitan yang terkini melalui sistem inventori yang telah dibangunkan.
7. Merancang, melaksana dan memantau program kesedaran dalam menjaga dan menghargai sungai dan pantai.
8. Merancang, menyelaras, merekabentuk projek-projek kejuruteraan sungai dan pantai.
9. Memantau dan mengurus kualiti air sungai termasuk segala urusan berkenaan ISO14001 Pengurusan Alam Sekitar bagi Sungai Pinang.
10. Memberi ulasan-ulasan teknikal bagi projek-projek yang melibatkan kejuruteraan sungai dan pantai.
11. Menyediakan dokumentasi, merancang, mengurusetia dan pelaporan bagi Jawatankuasa Pasukan Khas Pencemaran Sungai dan Pantai Negeri Pulau Pinang.



