Bahagian Korporat & Pengurusan Teknologi Maklumat
PENGENALAN BAHAGIAN :
Fungsi
- Pemantauan, perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan jabatan termasuk penggubalan perancangan strategic serta pelan tindakan jabatan bagi memastikan segala objektif kerajaan dan jabatan tercapai.
- Pemantauan dan penilaian impak serta keberkesanan perlaksanaan program-program jabatan bagi memastikan keperluan dan kepuasan hati pelanggan dipenuhi.
- Pengurusan perhubungan awam termasuk pemantauan aduan-aduan dari pelanggan bagi memastikan piagam pelanggan dipatuhi.
- Pengurusan maklumat-maklumat berkaitan perancangan dan pembangunan fungsi-fungsi jabatan bagi membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat.
- Menyediakan kemudahan ICT yang terkini dan berinformasi kepada jabatan dan masyarakat.
|
Perkhidmatan
- Menyelaras aduan awam yang diterima melalui telefon, surat, e-mel, akhbar, system e-pintas, webmail JPS Malaysia, JPS Careline dan laman web JPS Pulau Pinang.
- Menyediakan laporan kewangan jabatan.
- Menyelaras semua urusan berkaitan persidangan DUN
- Menyelaras sistem pemantauan projek (SPPN) dan (SPP II)
- Menyediakan maklumbalas kepada laporan media yang melibatkan jabatan termasuk menguruskan sidang media.
|
OBJEKTIF BAHAGIAN :
Memastikan perlaksanaan dasar yang berkesan dan jelas, sumber rujukan maklumat yang lengkap, tepat dan cekap, program pembangunan, pemantauan dan penilaian mencapai sasaran dan imej jabatan yang unggul.