Tiada Amaran Tsunami Di Pulau Pinang

 

artikel 1Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang menafikan amaran tsunami dikeluarkan di beberapa kawasan di negeri ini.

Pengarahnya, Sabri Abdul Mulok, berkata tiada ancaman tsunami dilaporkan dan fenomena air laut pasang adalah fenomena biasa.

"Tidak, saya nafikan mengenai amaran tsunami itu. Memang banjir kilat yang berlaku ada kaitan dengan air laut pasang, tetapi ia bukan luar biasa," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Sabri berkata demikian mengulas satu mesej WhatsApp yang menjadi viral dan melaporkan beberapa kawasan seperti di Teluk Bahang, Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Tanjung Tokong serta Persiaran Gurney, di sini, terdedah kepada ancaman tsunami berikutan fenomena air laut pasang luar biasa.