English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Pengurusan Pantai

2.0 Pelan Pengurusan Pesisiran Pantai Bersepadu (ISMP) 

Program ISMP yang dijalankan oleh JPS disesuaikan mengikut prinsip ICZM untuk memberi perhatian kepada isu-isu utama dan masalah yang dihadapi oleh garis pesisir kita.  Ia merupakan pendekatan bersepadu yang mengambilkira semua aktiviti bersektor yang mempengaruhi kawasan pantai dan memberikan pertimbangan sewajarnya kepada isu ekonomi, sosial, alam sekitar dan ekologi. Matlamatnya adalah untuk membangunkan alat pengurusan yang mengharmonikan semua aktiviti di kawasan pantai untuk menyokong set objektif pengurusan yang lebih luas bagi kawasan pesisir.

2.1 Objektif ISMP  

  1. Penilaian dan pemilihan strategi pengurusan pembangunan pantai supaya pembangunan di kawasan pantai boleh dilaksanakan dalam cara yang mampan.            
  2. Penilaian dan pemilihan opsyen pertahanan untuk garis pantai.
  3. Perumusan Garis Panduan Khusus dan Dasar untuk Aktiviti/Cadangan Pembangunan di kawasan pantai.

2.2 Penentuan Had Kawasan Garis Pesisir

Salah satu keputusan penting dalam melaksanakan ISMP adalah untuk menentukan had-had kawasan garis pesisir. Bidang pengurusan harus merangkumi semua sumber pantai yang berkepentingan dan juga merangkumi semua proses pantai. Had garis pesisir mungkin berbeza mengikut tempat, tetapi sebagai panduan umum, had-had arah ke darat dan arah ke laut yang berikut telah diterima pakai: -

  1. Had arah ke darat adalah kira-kira 1 kilometer dari garis pesisir (pada MHWS). 
  2. Had arah laut adalah kira-kira 3 kilometer sekiranya proses pantai memberikan kesan yang sedikit terhadap garis pesisir.

2.3  Pembahagian Garis Pesisir Ke Dalam Unit Pengurusan

Sepanjang garis pesisir, ciri-ciri fizikal, ciri-ciri pantai dan guna tanah amatlah berbeza-beza, menjadikannya agak sukar untuk merumuskan garis panduan atau dasar yang bermakna. Untuk mengatasi masalah ini garis pesisir disub-bahagikan kepada unit-unit kecil yang disebut unit pengurusan. Unit Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai suatu jarak garis pesisir dengan ciri-ciri koheren dari segi proses pantai semula jadi dan juga guna tanah. Satu ilustrasi unit pengurusan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.


2.4 Status Hingga Kini

Sehingga kini, JPS Malaysia telah menyiapkan ISMP untuk Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Labuan dan Miri, Sarawak. Pada masa ini, terdapat dua ISMP yang sedang dalam penyediaan iaitu ISMP Sabah dan ISMP Johor.

 

 

 

CAPAIAN PANTAS

  • Awam
  • Kerajaan
  • Bisnes
  • Warga JPSPP

alliance ICT dan ICS      3d folder open e-SPEKS          client userSPPN       3d groupePL

 3d group HRMIS            

3d fileInfo Portal       taskSMATRAK        book blue   i-Diari        3d groupHRMIS      taskMyMesyuarat 

alliance2OTAS             focus group   e-Plan(BRE)     multimple solutionsIdea Sentral  3d groupSISWA filter dataMyGovUC  

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply