English English English

green blue red black

  Pilihan Warna:

124010

A- A A+
  Ubah Size Font:

logo

SAYANGI MALAYSIAKU        
 faq  seperator  hubungi   seperator  maklumbalas  seperator  peta

 Soalan 

Lazim

 Hubungi

Kami

 Aduan &

Maklumbalas

 Peta 

Laman

Text Size

Projek Tebatan Banjir Skala Besar Tanggungjawab Pusat

8c65deda 6b5a 4a37 a09c e74978d0b298


 

Projek Tebatan Banjir Skala Besar Tanggungjawab Pusat

 


GEORGETOWN – Peruntukan untuk rancangan tebatan banjir berskala besar adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, sehubungan itu berikutan kejadian banjir besar di Pulau Pinang minggu lepas, kerajaan  negeri sekali lagi telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan  masalah banjir di negeri ini.

Sebanyak 13 projek dengan peruntukan RM1 bilion dibentang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke negeri ini Selasa lepas, kata Kon Yeow ketika menggulung perbahasan  Bajet 2018 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan yang diminta itu adalah bagi melaksanakan projek-projek tebatan banjir Teluk Kumbar; Teluk Bahang; Pondok Upeh; Sungai Junjung; Parit 4; Parit Raja Uda; Sungai Kecil; Kawasan Perindustrian Perai; Lembangan Sungai Perai; Lembangan Sungai Juru; Lembangan Sungai Jawi; Bayan Lepas; dan Lembangan Sungai Pinang.

”Pelaksanaan projek-projek itu akan memberi impak yang besar dalam menangani masalah banjir di negeri ini. Justeru saya amat berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkan permohonan ini dan memberi keutamaan dalam meluluskan projek-projek itu,” katanya.

 

Kon Yeow berkata, bagi pihak kerajaan negeri pula, antara pelan jangka panjang yang dirancang dan dilaksanakan ialah projek rancangan tebatan banjir Sungai Pinang dengan kos RM150 juta di bawah  peruntukan persekutuan dan sembilan projek tebatan banjir di bawah peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM150 juta.

Satu lagi langkah yang dilaksanakan ialah menjalankan Kajian Pelan Induk Saliran bagi semua daerah di negeri ini dan setakat ini dua kajian telah siap iaitu bagi daerah Seberang Perai Tengah dan Barat Daya, katanya.

Beliau berkata pelan induk saliran itu akan menjadi garis panduan dalam merancang sistem saliran dan  meluluskan pembangunan baharu serta merupakan garis panduan kepada pemaju dan jurutera perunding dalam merancang pembangunan baharu, katanya.

Mengenai sistem amaran awal banjir menurutnya, sistem Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Pulau Pinang akan dilaksanakan mulai Jun tahun depan sehingga 2022 melibatkan enam lembangan sungai iaitu Sungai Pinang, Sungai Kerian, Sungai Muda, Sungai Juru, Sungai Perai dan Sungai Jawi.

Sistem PRABN yang diperkenalkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi  amaran  banjir lebih awal iaitu tujuh hari sebelum banjir dijangka berlaku dan amaran banjir seawal dua hari berbanding sekarang iaitu enam jam sebelum banjir. - Bernama

 

 

 

Presets
BG Color
BG Patterns
Accent Color
Apply